KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat daripada Panglima Armada Timur Kota Kinabalu Laksamana Madya Datuk Pahlawan Syed Zahrul Putra Syed Abdullah di pejabatnya semalam.
Kunjungan turut disertai oleh Brigadier Jeneral TUDM Muhammad Taha Hamdan dan Kapten Mohd Hasnan Mohd Hanafiah dari TLDM.
Ia bagi membincangkan beberapa perkara mengenai perkembangan semasa Operasi Benteng yang berkaitan pendatang asing tanpa izin.
Turut dibincangkan ialah situasi semasa keadaan Laut China Selatan dan beberapa perkara lain yang berkaitan.

