ARTIKEL

Bintang 11 juara Futsal Pesta Daro 2019

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DARO: Skuad Bintang 11 mengenepikan cabaran 31 pasukan lain untuk bergelar juara Kejohana Futsal sempena Pesta Daro 2019 yang melabuhkan tirainya, di Gelanggang Futsal Kampung Masjid Daro, petang semalam.

Bintang 11 dari Kampung Pantray menewaskan pencabarnya, Tian Ajuk dalam saingan akhir sebelum menyandang tempat pertama pertandingan berkenaan.

Sementara itu, tempat ketiga bersama masing-masing disandang SHC FT –Pasukan Campuran Polis dan Starlite dari Kampung Baru Daro.

Juara membawa pulang hadiah RM500, tempat kedua RM400 dan ketiga RM300 berserta piala dan pingat.

Jurucakap penganjurnya berkata, pertandingan diadakan bertujuan merapatkan hubungan antara para belia dan penduduk setempat.

“Selain memeriahkan lagi sambutan pesta Daro, kita juga dapat mengintai bakat muda yang boleh diketengahkan sebagai pemain profesional khususnya dalam arena bola sepak. Kita gembira kejohanan kali ini turut disertai pasukan Sibu dan Pulau Bruit ” katanya.

Dalam pada itu, majlis penyampaian hadiah kepada semua pemenang disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.43 Daro, Safiee Ahmad.

BERITA LAIN

Jadual Padat Lima Kejohanan Uji Kuching City

KUCHING: Jadual padat membabitkan lima kejohanan serentak menjadi antara cabaran terbesar Kuching City FC musim ini apabila tempoh pemulihan yang singkat memaksa The Cats melakukan

BERITA TERBARU

Projek ART Kuching Jadi Rujukan

KUCHING: Projek Transit Aliran Autonomi (ART) Kuching menjadi antara projek rujukan utama luar negara bagi China Railway Rolling Stock Corporation (CRRC) dalam usaha memperluas penggunaan