ARTIKEL

MERIAH... Sekitar aksi penonton pada konsert Rock In The Jungle pada edisi pertama di Kampung Budaya Sarawak.

Bintang Rock Indonesia, Jepun bakal gegar pentas ‘Rock In The Jungle’

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Konsert Rock In The Jungle (RITJ) edisi kedua kembali dan bakal menyajikan aksi yang lebih hebat menerusi persembahan enam kumpulan Rock terkemuka termasuk dua legenda rock dari Indonesia.

Penganjur menerusi kenyataan mengesahkan hari pertama RITJ edisi kedua akan dimeriahkan dengan aksi kumpulan gergasi rock Indonesia, Gigi dan Kotak.

Gigi dan Kotak bakal membuka tirai konsert dengan persembahan bertenaga yang sudah pasti dijangka menjadi persembahan dinanti-nantikan pada hari pertama konsert – 29 Ogos.

Konsert yang masih memilih Kampung Budaya Sarawak selaku lokasi penganjuran akan turut digegarkan dengan legenda rock Borneo, Nice Stupid Playground yang akan mempersembahkan gaya muzik unik, semestinya membangkitkan semangat anak Borneo.

Sementara itu, hari kedua (30 Ogos) bakal menampilkan beberapa barisan artis hebat termasuk ikon metal Jepun Loudness, Fearless dan bintang baharu yang sedang meningkat naik, Breathe in Ocean.

“Anda pasti tidak kecewa.

“Gegaran gabungan kumpulan rock dunia bakal menjadi sejarah yang anda tidak akan lupakan,” tulis penganjur.

Orang ramai yang ingin membeli tiket boleh melayari https://tickets.pergh.asia/ atau menghubungi talian 012-8530863 (Sunil), 016-8546251 (Jacqueline) dan 018-9810889 (Linda) untuk sebarang pertanyaan lanjut.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU