Bintulu bertukar ke status jingga, Bau bertukar ke status kuning

KUCHING: Daerah Bintulu telah bertukar status dari status kuning kepada jingga hari ini setelah mencatatkan sebanyak 29 kes dalam tempoh 14 hari yang lepas, kata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS)
JPBNS berkata, Daerah Bau turut bertukar status hijau kepada status kuning setelah satu kes baharu jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lalu.
“Daerah Kuching, Sibu, Miri, Beluru dan Kanowit kekal berstatus Merah
dengan sejumlah 1,512 kes jangkitan tempatan dilaporkan di lima daerah ini dalam tempoh 14 hari yang lepas.
“Daerah Sebauh dan Dalat juga kekal berstatus Jingga dengan 62 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas,” jelas jawatankuasa tersebut dalam satu kenyataan.
Tambah JPBNS Daerah Daro, Pakan, Serian, Subis, Belaga, Betong, Meradong, Julau, Kapit, Simunjan, Asajaya, Lubok Antu, Sarikei, Limbang, Selangau, Samarahan dan Sri Aman kekal berstatus kuning dengan jumlah keseluruhan 82 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas.
Manakala 14 daerah lain kekal berstatus hijau.

Suara Sarawak