ARTIKEL

PRESIDEN BIFA.. Sophie Shariee

Bintulu juara Zon Utara SPL 2026 hasil semangat juang pemain

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Bintulu (BIFA), Sophie Shariee menyifatkan kejayaan Bintulu muncul juara Zon Utara, Liga Premier Sarawak 2026 (SPL 2026) hasil kerja keras diperaga barisan pemain yang membawa kemenangan 3-0 ke atas Sibu pada aksi terakhir di Stadium Bintulu semalam.

Menurut Sophie, pemain melaksanakan tugas mereka dengan begitu sempurna sepanjang perlawanan.

Apa yang lebih membanggakan, mereka berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dalam kesemua enam perlawanan yang dilalui.

“Syabas dan tahniah kepada semua pemain dan barisan kejurulatihan kerana berjaya memastikan Bintulu muncul juara Zon Utara SPL 2026.

“Semangat juang dipamerkan pemain sepanjang saingan antara penyumbang kecemerlangan pasukan Bintulu ketika ini,” ujar Sophie kepada Arena Suara Sarawak.

Beliau berharap pemain dapat mengekalkan momentum tersebut dalam saingan Piala Premier Sarawak 2026.

Ketua jurulatih, Farhan Abdullah@Anai Igang menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pemain atas kejayaan muncul juara Zon Utara.

“Terima kasih kepada pemain kerana telah melaksanakan tugas dengan baik sekali.

“Tidak lupa juga kepada pihak pengurusan dan penyokong setia Bintulu,” tegas Farhan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi