ARTIKEL

Bintulu Port Holdings terima pengiktirafan khas Pensijilan Label Terminal Hijau, Bintulu Port Holdings Bhd (BPHB), operai maritim mampan, UN Global Compact Malaysia and Brunei, pengurangan pelepasan karbon, Matshalleh Mohammad Etli, Pos Malaysia, Pelabuhan Tanjung Pelepas, Malakoff Corporation, Press Metal Aluminium
Matshalleh (tengah) menerima pengiktirafan khas bagi Pensijilan Label Terminal Hijau pada Malam Sambutan Kelestarian 'UN Global Compact Malaysia and Brunei'.

Bintulu Port Holdings terima pengiktirafan khas Pensijilan Label Terminal Hijau

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Bintulu Port Holdings Bhd (BPHB) baru-baru ini menerima pengiktirafan khas dengan Pensijilan Label Terminal Hijau (GTLC).

Pensijilan tersebut diterima pada Malam Sambutan Kelestarian UN Global Compact Malaysia and Brunei (UNGCMYB).

Sijil itu dianugerahkan oleh Biro Veritas pada September lalu semasa pelancaran rasmi Pangkalan Bekalan Minyak dan Gas Borneo (BOG).

Pensijilan GTLC ini mengiktiraf komitmen berterusan BPHB dalam menerapkan amalan mesra alam, meminimumkan pelepasan karbon serta melaksanakan operasi mampan dalam pengurusan terminalnya.

Penghargaan tersebut telah diterima oleh Ketua Pegawai Operasi BPHB, Matshalleh Mohammad Etli, di Grand Hyatt Kuala Lumpur.

Pengiktirafan ini mengukuhkan kedudukan BPHB sebagai peneraju industri, sekali gus mengesahkan peranannya sebagai perintis dalam operasi maritim yang mampan serta selaras dengan piawaian global.

Majlis tersebut turut mengiktiraf organisasi yang memperjuangkan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, dan memacu kemampanan merentas pelbagai industri.

Antara penerima penghargaan lain termasuk Pos Malaysia, Pelabuhan Tanjung Pelepas, Malakoff Corporation, dan Press Metal Aluminium.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU