ARTIKEL

Maslihah menyampaikan bakul makanan Krismas 2025 kepada salah seorang penerima.

Bintulu Port sumbang 65 bakul makanan kepada Gereja Methodist Iban Pasar Bintulu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB) menyerahkan sumbangan 65 bakul makanan kepada warga Gereja Methodist Iban Pasar Bintulu sempena sambutan Krismas melalui Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Bintulu Port Prihatin – Bakul Makanan Krismas 2025.

Pengurus Besar Perhubungan Pihak Berkepentingan BPHB, Maslihah Tioh, berkata program berkenaan mencerminkan keprihatinan berterusan syarikat dalam menyantuni komuniti setempat serta menyemai nilai kasih sayang, kebersamaan dan semangat perkongsian rezeki dalam kalangan masyarakat.

Maslihah merakam gambar bersama-sama para penerima bakul makanan Krismas 2025 melalui Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Bintulu Port Prihatin.

“Program ini dilaksanakan bersempena musim Krismas yang menekankan nilai kasih sayang, keprihatinan dan semangat saling membantu. Ia turut memberi tumpuan kepada membantu golongan memerlukan, khususnya komuniti B40, agar mereka dapat menyambut perayaan dalam suasana yang lebih ceria dan bermakna,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili Ketua Pegawai Eksekutif BPHB, Datuk Ruslan Abdul Ghani pada majlis penyerahan bakul makanan Krismas kepada warga Gereja Methodist Iban Pasar Bintulu, semalam (Rabu).

Menurut Maslihah, sumbangan tersebut diharap dapat meringankan beban golongan yang memerlukan selain membawa kegembiraan kepada para penerima dan keluarga masing-masing menjelang musim perayaan.

Beliau turut berharap agar inisiatif seumpama ini dapat terus menyemai semangat perpaduan, keharmonian dan saling membantu dalam kalangan masyarakat berbilang kaum, selaras dengan aspirasi BPHB sebagai rakan pembangunan komuniti setempat.

BPHB merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Program Bintulu Port Prihatin – Bakul Makanan Krismas 2025.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan