ARTIKEL

Ibrahim ketika ditemui selepas meninjau pelaksanaan program percubaan UP-DLP di Sekolah Kebangsaan (SK) Merpati Jepang, di sini, hari ini.

Biro Pendidikan DUN Satok anjur percubaan UP-DLP pertama di Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Biro Pendidikan Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok mencatat sejarah tersendiri apabila menganjurkan program percubaan Ujian Penilaian Program Dwibahasa (UP-DLP) yang pertama seumpamanya dilaksanakan di Sarawak.

Inisiatif ini melibatkan seramai 187 murid Tahun 6 daripada tiga sekolah rendah di kawasan Satok bagi menguji tahap penguasaan mereka dalam mata pelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris, selain membiasakan dengan suasana peperiksaan sebenar.

Ibrahim merakam kenangan selepas meninjau pelaksanaan program percubaan UP-DLP di SK Merpati Jepang, di sini, hari ini.

Timbalan Menteri Utiliti (Sarawak Energy dan PETROS) yang juga ADUN Satok, Datuk Ibrahim Baki berkata, program berkenaan menjadi persediaan penting kepada murid sebelum menduduki UP-DLP sebenar pada Oktober ini.

“Ini merupakan projek perintis yang dapat membantu pihak sekolah menilai prestasi akademik murid serta merangka program pemantapan berdasarkan keputusan yang diperoleh.

“Ujian percubaan selama dua hari berturut-turut ini juga memberi peluang kepada murid merasai suasana peperiksaan sebenar supaya mereka tidak gemuruh dan lebih bersedia kelak.

“UP-DLP ini sangat penting untuk Sarawak kerana ia menjadi peperiksaan wajib sebagai persediaan murid. Sama ada lulus atau gagal bukan perkara utama, tetapi pengalaman menduduki peperiksaan itu amat penting,” katanya.

Beliau berkata ketika ditemui selepas meninjau pelaksaan program percubaan UP-DLP di Sekolah Kebangsaan (SK) Merpati Jepang, di sini, hari ini.

Menurutnya, UP-DLP turut membuka peluang kepada murid yang mencapai prestasi cemerlang untuk ditawarkan ke Sekolah Menengah Antarabangsa Yayasan Sarawak (YSISS) yang terdapat di Kuching, Sibu, Miri dan Bintulu.

Katanya, usaha ini penting bagi melahirkan modal insan berkemahiran tinggi yang mampu memenuhi keperluan ekonomi digital, hidrogen, tenaga boleh diperbaharui dan sektor berteknologi tinggi.

“Kalau kita mahu bergerak ke arah ekonomi berpendapatan tinggi dan memerlukan modal insan yang mempunyai keupayaan akademik serta pemikiran saintifik.

“Matematik sangat penting, begitu juga sains dan bahasa Inggeris yang merupakan bahasa antarabangsa,” tambahnya.

Percubaan berkenaan melibatkan 74 murid daripada SK Merpati Jepang, SK Rakyat Haji Bolhassan (64 murid) dan SK Combined (49 murid).

Tambahnya, keputusan percubaan itu juga boleh dijadikan penanda aras oleh Biro Pendidikan DUN Satok dan pihak sekolah dalam mengenal pasti kelemahan murid, khususnya mereka yang akan memasuki Tahun 6 tahun hadapan.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU