ARTIKEL

Julaihi (tengah) menerima cenderamata daripada Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Water, Malseni Jamal selepas menyempurnakan Majlis Penutupan BIWWEC 2026 di BCCK.

BIWWEC 2026 rekod 2,900 penyertaan delegasi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Persidangan dan Pameran Air dan Air Sisa Antarabangsa Borneo (BIWWEC) 2026 melabuhkan tirainya hari ini dengan merekodkan penyertaan seramai 2,900 delegasi dan pelawat perdagangan, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai platform utama pertukaran ilmu, inovasi dan kerjasama dalam sektor air serta air sisa.

Menteri Utiliti dan Komunikasi, Datuk Seri Julaihi Narawi berkata, BIWWEC 2026 mencatat sambutan dan kehadiran lebih memberangsangkan berbanding dua penganjuran terdahulu.

Menurutnya, persidangan itu bukan sahaja menarik penyertaan delegasi tempatan, malah melibatkan penyertaan dari 20 negara yang hadir sebagai delegasi, penceramah dan pempamer.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penutupan BIWWEC 2026 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di sini, hari ini.

Dalam ucapan penutupnya, Julaihi berkata persidangan selama tiga hari itu menyaksikan pelbagai perbincangan bermakna, pertukaran idea, pembentangan teknologi inovatif bagi penyelesaian praktikal serta pembentukan kerjasama baharu selaras dengan tema ‘Perkongsian Global ke Arah Masa Depan Air yang Bersedia Menghadapi Perubahan Iklim’.

Antara mesej utama yang diketengahkan ialah keperluan mengiktiraf keselamatan air sebagai keutamaan strategik pembangunan yang memerlukan perancangan jangka panjang serta pelaburan berterusan.

“Pengurusan air pada masa hadapan perlu diperkasakan menerusi penggunaan teknologi digital seperti kecerdasan buatan (AI), digital twins, sensor pintar dan analitik ramalan bagi membolehkan utiliti air beroperasi dengan lebih cekap dan proaktif,” ujarnya.

Beliau berkata, BIWWEC 2026 turut menjadi platform penting dalam persediaan Sarawak untuk menjadi tuan rumah IWA World Water Congress & Exhibition 2028, yang dijangka menghimpunkan pemain industri air dari seluruh dunia.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU