BLUNTSHEEP, kumpulan muzik muda tempatan yang sedang meningkat naik, tampil dengan album mini baharu berjudul Di Puncak Dunia.
Album ini menampilkan empat lagu asli iaitu Di Puncak Dunia, Lelah, Cinta Paling Hebat dan Hanya Dia.
Lagu utama bertajuk Di Puncak Dunia membawa mesej perjuangan, perpaduan serta aspirasi untuk mengangkat martabat Malaysia ke peringkat global.
Album ini lahir daripada rasa cinta yang mendalam terhadap tanah air dan menjadi simbol patriotisme yang diterjemahkan melalui irama muzik segar kumpulan ini.
Lebih membanggakan, pelancaran album ini turut mendapat sokongan penuh daripada Kementerian Komunikasi dan MyCreative Ventures di bawah dasar Kerajaan Madani.
Melalui inisiatif Dana Kandungan Kreatif: Kebolehpasaran Domestik 2.0, sokongan ini membuktikan komitmen kerajaan memperkukuh industri kreatif tanah air serta merancakkan bakat tempatan.
Tindakan simbolik itu melambangkan mesej bahawa walaupun berbeza latar belakang, rakyat Malaysia tetap sejiwa dan bersatu demi negara.
Kumpulan ini dianggotai tiga anak muda berusia 18 tahun, iaitu Atta Ruman, Umar Naufal, dan Mosses.
Pemain bes asal mereka, Dzaff, kini sedang berehat untuk menumpukan perhatian kepada pelajaran.
Buat masa ini, BluntSheep dibantu oleh Jayden sebagai pemain bes dan Ariff Azmi sebagai gitaris kedua.
Dengan semangat perjuangan dan visi yang jelas, BluntSheep yakin mini album ini bukan sahaja mampu memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia, malah berpotensi membuka jalan ke pasaran antarabangsa.
Album Di Puncak Dunia kini boleh didapati di semua platform penstriman digital utama.






