ARTIKEL

Fatimah dan Asfia merakamkan kenangan pada Majlis Perasmian Jentera Wanita GPS di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), di sini, hari ini. | Foto: Ramidi Subari

BN tidak tanding PRU Sarawak, Fatimah sifatkan keputusan bijak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Keputusan Barisan Nasional (BN) untuk tidak meletakkan calon pada Pilihan Raya Umum (PRU) Sarawak Ke-13 disifatkan sebagai keputusan bijak, kata Ketua Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Fatimah Abdullah.

Beliau menyifatkan keputusan itu sebagai langkah yang baik dan memperlihatkan kepentingan mengekalkan kesatuan.

“Bagus, ia satu keputusan yang bijak. Kita (GPS) kekal bersatu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pelancaran Jentera Wanita Gabungan Parti Sarawak (GPS) sempena PRU Sarawak ke-13 di Ibu Pejabat PBB di sini, hari ini.

Fatimah dan Asfia merakamkan kenangan pada Majlis Perasmian Jentera Wanita GPS di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), di sini, hari ini. | Foto: Ramidi Subari

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan BN untuk tidak bertanding di mana-mana kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada PRU Sarawak kali ini.

Ditanya pendirian GPS dengan parti lain termasuk Pakatan Harapan (PH), Fatimah berkata perkara itu sudah dijelaskan oleh Ketua Penerangan PBB, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah sebelum ini.

“Datuk Karim sebagai Ketua Penerangan kita sudah beritahu hari itu. Kita (GPS) tetap bersatu,” katanya lagi.

Sebelum ini, Abdul Karim menegaskan GPS akan bertanding secara bersendirian pada PRU-13 dan menganggap PKR, DAP, PAS, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) serta Parti Amanah Negara (AMANAH) sebagai pembangkang di Sarawak.

Beliau berkata kerjasama antara parti di peringkat Kerajaan Persekutuan tidak semestinya diterjemahkan kepada pakatan pilihan raya di peringkat negeri.

Terdahulu, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan gabungan itu tidak akan bertanding di mana-mana kerusi DUN Sarawak berdasarkan persefahaman antara UMNO dengan PBB.

“BN tidak ada niat untuk bertanding dalam mana-mana kerusi DUN di Sarawak, kerana inilah persefahaman antara UMNO dengan PBB di Sarawak,” katanya pada Majlis Rumah Terbuka Deepavali Parti Progresif Penduduk (PPP) Malaysia di Kuala Lumpur, Ahad lalu.

SPR menetapkan 28 November ini sebagai hari penamaan calon, 8 Disember bagi pengundian awal dan 12 Disember sebagai hari pengundian, dengan tempoh berkempen selama 14 hari.

BERITA LAIN

RM7.6 juta naik taraf jalan di tiga kampung Tarat

SERIAN: Projek menaik taraf jalan sedia ada dan membina jalan baharu sepanjang 2.008 kilometer bernilai RM7.6 juta dilaksanakan bagi meningkatkan kemudahan perhubungan penduduk di tiga

BERITA TERBARU

RM7.6 juta naik taraf jalan di tiga kampung Tarat

SERIAN: Projek menaik taraf jalan sedia ada dan membina jalan baharu sepanjang 2.008 kilometer bernilai RM7.6 juta dilaksanakan bagi meningkatkan kemudahan perhubungan penduduk di tiga