ARTIKEL

Sagah ketika ditemu bual media berhubung isu yang cuba dibangkitkan parti politik tertentu pada PRU Sarawak Ke-13 ini. | Foto: Alverd Anyap

Isu lama dibangkitkan parti politik tidak lagi relevan – Sagah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERIAN: Dakwaan dan isu yang dibangkitkan parti politik sepanjang minggu kempen Pilihan Raya Umum (PRU) Sarawak Ke-13 disifatkan tidak lagi relevan kerana perkara berkenaan merupakan isu lama yang telah dan sedang ditangani kerajaan.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn berkata, perkara yang dibangkitkan itu sebenarnya telah diberi perhatian oleh kerajaan.

“Seperti kalau mereka membangkitkan isu tanah, kita telah menanganinya.

Kalau isu pembangunan, sebagai contoh, sejak 30 tahun dahulu saya sudah merancang untuk membangunkan infrastruktur.

Malah, setiap tahun kita melaksanakan lebih banyak pembangunan.

“Ini kerana kita juga mahu membantu mereka memandangkan kita memberi keutamaan kepada pendidikan.

Justeru, sekarang kita menyediakan pendidikan tinggi percuma untuk anak-anak dan cucu-cucu kita.

Ini merupakan pelaburan untuk masa depan.

“Kemudahan ini bukan hanya untuk masyarakat Dayak, malah turut dinikmati masyarakat Cina, Melayu dan India, asalkan mereka merupakan rakyat Sarawak serta memiliki status ‘K’.

Itu yang penting,” katanya ketika ditemu bual selepas menyempurnakan Majlis Pecah Tanah dan Penyerahan Tapak Projek Membina Baharu Jalan Borneo Empurau/Kampung Tarat, Bahagian Serian di Dewan Kampung Tarat Melawi, di sini hari ini.

Sagah yang juga penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) Tarat berkata, antara isu yang cuba dibangkitkan ialah berhubung Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR), sedangkan proses penyukatan dilaksanakan di kawasan majoriti Bidayuh.

Katanya, sekiranya terdapat kelewatan, ia berpunca daripada sebilangan pemilik tanah tidak bersetuju dengan sempadan tanah masing-masing bersama jiran tanah berdekatan.

“Jabatan Tanah dan Survei (JTS) tidak boleh sewenang-wenangnya masuk dan menjalankan penyukatan. Mereka (pemilik tanah) harus bersetuju dengan sempadan antara satu sama yang lain.

“Sebab itu kita mendapatkan Persatuan Dayak Bidayuh Kebangsaan (DBNA) untuk membantu dalam menjalankan koordinasi dalam mendokumentasi dan tandatangan pemilik tanah bahawa mereka bersetuju dengan sempadan mereka,” katanya.

Mengulas sama ada isu berkenaan boleh dijadikan bahan kempen oleh parti politik lain, Sagah berkata, perkara itu mungkin kedengaran meyakinkan, namun bimbang rakyat terpengaruh dengan gambaran yang tidak tepat mengenai situasi sebenar.

“Saya ingin menjelaskan bahawa keadaan sebenarnya tidak seperti yang digambarkan.

Saya tidak tahu bagaimana situasi di kawasan lain, tetapi di kawasan kita, khususnya kawasan Bidayuh, perkara seperti itu bukan amalan kita,” katanya.

BERITA LAIN

RM7.6 juta naik taraf jalan di tiga kampung Tarat

SERIAN: Projek menaik taraf jalan sedia ada dan membina jalan baharu sepanjang 2.008 kilometer bernilai RM7.6 juta dilaksanakan bagi meningkatkan kemudahan perhubungan penduduk di tiga

Pustaka Negeri Sarawak perkukuh budaya integriti warga kerja

KUCHING: Kegagalan mengamalkan integriti dalam melaksanakan amanah boleh menjejaskan kepercayaan masyarakat, sekali gus memberi kesan kepada kredibiliti sesebuah organisasi. Ketua Pegawai Eksekutif, Pustaka Negeri Sarawak

BERITA TERBARU

RM7.6 juta naik taraf jalan di tiga kampung Tarat

SERIAN: Projek menaik taraf jalan sedia ada dan membina jalan baharu sepanjang 2.008 kilometer bernilai RM7.6 juta dilaksanakan bagi meningkatkan kemudahan perhubungan penduduk di tiga