ARTIKEL

Japri ketika berucap sempena Majlis Perasmian Bulan Integriti dan Inovasi Pustaka Negeri Sarawak 2026 di Galeri, Pustaka Negeri Sarawak, di sini, hari ini.

Pustaka Negeri Sarawak perkukuh budaya integriti warga kerja

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kegagalan mengamalkan integriti dalam melaksanakan amanah boleh menjejaskan kepercayaan masyarakat, sekali gus memberi kesan kepada kredibiliti sesebuah organisasi.

Ketua Pegawai Eksekutif, Pustaka Negeri Sarawak Japri Bujang Masli berkata dalam konteks organisasi mereka integriti sangat penting kerana memegang amanah ilmu, maklumat, rekod dan warisan dokumentari Sarawak.

Katanya, setiap keputusan perlu dibuat tepat pada masanya, urusan pengguna diselesaikan dengan cekap dan setiap tindakan dilaksanakan oleh pegawai yang bertanggungjawab serta melalui proses penelitian dan semak imbang bagi memastikan masyarakat menerima manfaat.

Japri (duduk dua kiri) merakam gambar kenangan bersama-sama tetamu kehormat dan peserta.

“Integriti juga diterjemahkan melalui ketepatan maklumat, layanan yang saksama kepada pengguna, perlindungan maklumat pengguna atau data peribadi serta pengurusan rekod dan sumber secara bertanggungjawab,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Perasmian Bulan Integriti dan Inovasi Pustaka Negeri Sarawak 2026 di Galeri, Pustaka Negeri Sarawak, di sini, hari ini.

Tambahnya, lafaz ikrar dan ucapan berkaitan integriti sahaja tidak mencukupi, sebaliknya nilai itu perlu diterjemahkan dalam budaya kerja serta kehidupan seharian.

Menurutnya, amalan tersebut juga menuntut setiap warga organisasi mempunyai keberanian menegur dan melaporkan sebarang salah laku termasuk menerapkannya melalui tadbir urus yang baik serta cekap.

“Budaya integriti perlu diamalkan, menjadi contoh dalam kalangan warga kerja serta masyarakat secara menyeluruh.

Kegagalan individu mempertahankan integriti boleh membawa kesan besar kepada orang lain, malah melibatkan masyarakat secara keseluruhan,” tegasnya.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan Pustaka Negeri Sarawak komited melaksanakan pelbagai program bagi menyemai dan memperkukuh budaya integriti dalam kalangan warga kerja, termasuk menerusi sambutan Bulan Integriti Pustaka Negeri Sarawak tahun ini.

Jelasnya, program yang berlangsung dengan tema Integriti dan Inovasi Teras Kemakmuran Sarawak berkenaan menghimpunkan kira-kira 200 peserta yang hadir secara bersemuka dan dalam talian.

Selain itu, katanya, kira-kira 15 program integriti dianjurkan setiap tahun dengan pelibatan Pustaka Negeri di Kuching, Sibu dan Miri.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU