ARTIKEL

Wanita GPS harap lebih ramai calon wanita pada PRU Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pergerakan Wanita Gabungan Parti Sarawak (GPS) berharap lebih ramai calon wanita diberi peluang bertanding pada Pilihan Raya Umum Sarawak Ke-13, selaras dengan peranan golongan itu dalam pembangunan negeri.

Ketua Pergerakan Wanita GPS, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, pihaknya mempunyai harapan untuk melihat lebih ramai wanita diketengahkan sebagai calon, namun keputusan akhir terletak pada Pengerusi GPS, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata, pihaknya turut mengemukakan nama untuk dipertimbangkan, tetapi pengumuman rasmi hanya akan dibuat selepas watikah calon dikeluarkan oleh Abang Johari.

Fatimah ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Jentera Wanita GPS yang disempurnakan oleh Speaker DUN Sarawak, Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nasar, di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), di sini, hari ini. | Foto: Ramidi Subari

“Kalau dari segi perjuangan kita, kita sentiasa berharap kerana kita tahu wanita mempunyai perspektif dan kekuatan tersendiri.

“Golongan wanita ialah rakan seperjuangan dalam membangunkan sesebuah negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Jentera Wanita GPS yang disempurnakan oleh Speaker DUN Sarawak, Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nasar, di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Fatimah yang juga Ketua Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata, wanita mempunyai sumbangan tersendiri dalam pembangunan negeri dan wajar diberi ruang untuk memainkan peranan lebih besar dalam kepimpinan.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya akur dengan keputusan pucuk pimpinan GPS berhubung pemilihan calon yang akan mewakili gabungan itu pada pilihan raya berkenaan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU