ARTIKEL

Rombongan pengamal media dan pempengaruh media sosial tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta semalam, bagi menyertai Program Lawatan Wartawan-Pempengaruh ke Jakarta dan Bandung, Indonesia.

Pengamal media, pempengaruh teroka potensi pelancongan Jakarta, Bandung

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seramai 13 orang terdiri daripada pengamal media dan pempengaruh media sosial menyertai Program Lawatan Wartawan-Pempengaruh ke Jakarta dan Bandung, Indonesia bermula hari ini, bagi meneroka potensi pelancongan, kebudayaan serta peluang kerjasama antara kedua-dua wilayah.

Program selama lima hari itu merangkumi lawatan ke beberapa destinasi pelancongan utama di Jakarta dan Bandung, selain sesi pertemuan bersama pihak berkuasa pelancongan bagi mendapatkan pendedahan pembangunan serta promosi sektor pelancongan Indonesia.

Rombongan berkenaan turut diiringi tiga kakitangan Konsulat Jenderal Republik Indonesia di Kuching, iaitu Konsul Hal Ehwal Sosial dan Budaya, Ely Syafitri Handayani; Pegawai Hal Ehwal Sosial dan Budaya, Aris Pratama serta Pegawai Hal Ehwal Ekonomi, Firman Wahyudin.

Antara pengisian program di Jakarta ialah kunjungan ke Pejabat Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Jakarta bagi mengadakan pertemuan serta bertukar pandangan perkembangan sektor pelancongan dan industri kreatif.

Rombongan turut dibawa melawat Taman Mini Indonesia Indah (TMII) bagi mengenali kepelbagaian budaya dan warisan masyarakat Indonesia, selain menyertai bengkel batik untuk mendapatkan pengalaman secara langsung mengenai seni kraf tradisional negara itu.

Destinasi lain termasuk Kota Tua Jakarta, Dataran Fatahillah dan kawasan Monumen Nasional (Monas), selain menikmati pemandangan ibu kota dari kawasan Skydeck Bundaran HI.

Perjalanan diteruskan ke Bandung menggunakan perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi – Whoosh, sekali gus memberi peluang kepada peserta merasai sendiri kemudahan pengangkutan moden yang menghubungkan Jakarta dengan Bandung.

Di Bandung, rombongan dijadualkan mengadakan pertemuan bersama pihak berkuasa pelancongan tempatan sebelum mengunjungi Saung Angklung Udjo bagi menyaksikan persembahan muzik tradisional angklung serta mengenali kebudayaan masyarakat Sunda.

Program turut merangkumi lawatan ke kawasan Ciwidey, termasuk Kawah Putih dan ladang strawberi bagi memberikan pendedahan kepada peserta mengenai tarikan pelancongan alam semula jadi serta aktiviti agropelancongan di Bandung.

Sebelum berlepas pulang, rombongan turut dijadualkan singgah di Pantai Indah Kapuk (PIK) di Jakarta sebagai sebahagian daripada pengisian lawatan.

Program berkenaan yang dianjurkan oleh Konsulat Jenderal Republik Indonesia di Kuching dengan kerjasama syarikat penerbangan Sarawak, AirBorneo memberi peluang kepada wartawan dan pempengaruh media sosial mendapatkan pengalaman secara langsung mengenai tarikan pelancongan, kebudayaan dan pembangunan infrastruktur di Indonesia, selain berkongsi pengalaman serta maklumat berkenaan kepada masyarakat di Sarawak melalui platform media masing-masing.

BERITA LAIN

RM7.6 juta naik taraf jalan di tiga kampung Tarat

SERIAN: Projek menaik taraf jalan sedia ada dan membina jalan baharu sepanjang 2.008 kilometer bernilai RM7.6 juta dilaksanakan bagi meningkatkan kemudahan perhubungan penduduk di tiga

Pustaka Negeri Sarawak perkukuh budaya integriti warga kerja

KUCHING: Kegagalan mengamalkan integriti dalam melaksanakan amanah boleh menjejaskan kepercayaan masyarakat, sekali gus memberi kesan kepada kredibiliti sesebuah organisasi. Ketua Pegawai Eksekutif, Pustaka Negeri Sarawak

BERITA TERBARU

RM7.6 juta naik taraf jalan di tiga kampung Tarat

SERIAN: Projek menaik taraf jalan sedia ada dan membina jalan baharu sepanjang 2.008 kilometer bernilai RM7.6 juta dilaksanakan bagi meningkatkan kemudahan perhubungan penduduk di tiga