ARTIKEL

Gambar hiasan

Wanita didenda RM2,700 terlibat judi dalam talian di tempat awam

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang wanita tempatan dijatuhkan hukuman denda RM2,700 atau dua bulan penjara oleh Mahkamah Majistret hari ini, kerana terlibat dalam aktiviti judi di tempat awam menggunakan sebuah telefon pintar.

Tertuduh, 22, mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Leona Dominic Mojiliu.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa di bawah Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan, jika sabit kesalahan.

Dia didakwa terlibat judi di tempat awam dalam sebuah kafe di Jalan Gold Jade, sekitar 1.20 petang, 10 November lepas.

Menurut fakta kes, pada hari kejadian, pengadu merupakan pegawai polis mengetuai pasukannya membuat intipan selama 15 minit di sebuah kafe sebelum melakukan serbuan sempena Ops Dadu.

Tangkapan ke atas tertuduh terus dilakukan selain sebuah telefon pintar jenama Vivo dan sekeping kertas bertulis kata laluan untuk judi turut dirampas.

Hasil siasatan mendedahkan tertuduh terlibat dalam aktiviti judi di tempat awam selain telefon pintar miliknya turut positif mengandungi unsur perjudian oleh pakar judi.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Abdurrahman Abrar Jami, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

RM7.6 juta naik taraf jalan di tiga kampung Tarat

SERIAN: Projek menaik taraf jalan sedia ada dan membina jalan baharu sepanjang 2.008 kilometer bernilai RM7.6 juta dilaksanakan bagi meningkatkan kemudahan perhubungan penduduk di tiga