KUCHING: Tatkala tumpuan peminat kini terarah kepada nama-nama besar yang dijangka mampu memperlihatkan kehebatan sepanjang Kejohanan Bola Baling Terbuka Sarawak 2025, penampilan pendatang baharu seperti Hyggo tidak boleh dipandang enteng.
Kelab berkenaan dilihat mampu mencetus kebimbangan terhadap pesaing sedia ada.
Ia mengambil kira kredit dimiliki kelab berkenaan yang dibarisi ramai pemain muda.
Demikian dinyatakan Setiausaha Agung, Persatuan Bola Baling Sarawak (SAHA), Dr Abang Ismail Abang Julhi.
“Pasukan ini (Huygo) mempunyai keupayaan untuk mencipta kejutan, selain mampu menghadirkan kebimbangan kepada pasukan lain,” ujar Dr Abang Ismail kepada Arena Suara Sarawak.
Tegas beliau, walaupun baru ditubuhkan pada tahun lepas, tetapi mereka sudah berjaya mencetak kejayaan dalam beberapa kejohanan yang disertai sebelum ini.
Justeru tambah Abang Ismail, ia merupakan penanda aras buat pasukan berkenaan sekali gus memberi bayangan bahawa Hyygo berpeluang mencetak nama untuk berada dalam kelompok tiga terbaik.



