ARTIKEL

MENJADI REBUTAN…Penghulu Jalek Jaafar (kiri) dan Khaimi Dan (kanan) bersama-sama hadiah yang disediakan.

Bola Sepak Jemputan Veteran Sambir: Pertembungan 12 Pasukan Handalan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ASAJAYA: Kejohanan Bola Sepak Jemputan Veteran Kampung Sambir, Asajaya 2026 kembali berlangsung setiap kali lebaran.

Tahun ini turut menyaksikan 12 kelab handalan akan beradu nasib untuk kejohanan anjuran Kelab Bola Sepak Sambir Bistari (KBSB) itu.

Presiden KBSB, Penghulu Jalek Jaafar memberitahu, pasukan terlibat ialah Kabitra, Kasiba, GBO Otai, Boca Legend FT, Vettam, Brother Mix, UniMAS, AJV, Komeng, Sambir Bistari, Boxer 3XL dan Moyan Laut.

“Kita menjangkakan saingan kali ini sengit kerana pasukan yang turut serta diperkuat bekas pemain berstatus bintang dan berpengalaman,” ujar Jalek kepada Arena Suara Sarawak.

Tegas Jalek, kejohanan terbabit berlangsung sama dengan Kejohanan Bola Sepak Piala Perpaduan ADUN Asajaya, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah Edisi Ke-58 yang akan bermula pada hari raya ketiga.

Jelasnya, format kejohanan kategori veteran ini ialah liga kumpulan untuk peringkat awal.

“Dua pasukan terbaik setiap kumpulan layak ke peringkat separuh akhir,” tambah beliau.

Hadiah menarik menanti kelompok tiga pasukan terbaik pada kali ini.

Juara katanya, akan menerima wang tunai RM1,500 beserta piala dan pingat.

Naib juara pula akan menerima wang tunai RM1,000 selain piala dan pingat.

“Dua pasukan yang tewas di peringkat separuh akhir masing-masing akan menerima wang tunai RM500, piala dan pingat selaku pemenang tempat ketiga bersama,” menurut Jalek.

BERITA LAIN

16 pasukan bertanding, Akademi SJN muncul juara

KUCHING: Akademi SJN dinobatkan sebagai juara Kejohanan Bola Sepak Belia Tertutup PETRONAS (PYFCT) 2026 kategori Bawah 12 Tahun (B-12) selepas menewaskan Akademi Nexus 2-1 pada

BERITA TERBARU

16 pasukan bertanding, Akademi SJN muncul juara

KUCHING: Akademi SJN dinobatkan sebagai juara Kejohanan Bola Sepak Belia Tertutup PETRONAS (PYFCT) 2026 kategori Bawah 12 Tahun (B-12) selepas menewaskan Akademi Nexus 2-1 pada