KUCHING: Kudrat tiga bintang veteran berpengalaman berbeza persepsi terus menjadi taruhan utama skuad handalan, Mevec Lawas bagi menghadapi Kejohanan Bola Sepak Veteran Kimanis, Sabah 2024.
Bintang veteran terbabit ialah Kamarul Sulaiman (Perancang/Kuching), Kulah Drahman (Kuching/Pertahanan) dan Satar Akau (Sebangan, Sebuyau/Penyerang).
“Saya mewakili rakan-rakan ingin merakam ucapan terima kasih kepada pihak pengurusan terutama Madun Nasip (Pengurus) dan Sawal Pandin (Jurulatih) atas kepercayaan diberikan kepada kami.
“Kami akan cuba memberikan yang terbaik sepanjang saingan sebenar nanti,” ujar Kamarul kepada Arena Suara Sarawak.
Kejohanan tersebut akan berlangsung selama tiga hari bermula dari 10 hingga 12 Februari.
Menurut Kamarul, kredibiliti mereka bertiga dalam pasukan terbabit tidaklah begitu asing kerana pernah menyarung jersi pasukan itu tahun lepas pada Kejohanan Bola Sepak Vwteran Keningau, Sabah 2023.
Justeru tambah Kamarul, tiada masalah besar buat mereka bertiga membentuk kombinasi bersama rakan-rakan lain dalam skuad terbabit.



