SEBUYAU: Kejohanan Bola Sepak Veteran Kampung Sebangan 2025 yang sebelum ini dijadual bermula pada 3 Mei depan, ditunda ke tarikh baharu.
Pengerusi Kejohanan, Osman Jamel memberitahu, penundaan tarikh tersebut terpaksa dilakukan ekoran pertembungan masalah yang tidak dapat dielakkan.
Menurut Osman, tarikh baharu dicadangkan memulakan saingan berprestij itu adalah pada 1 Jun depan.
Osman menegaskan, setakat ini lebih 20 pasukan mengesahkan penyertaan dan ia dijangka bertambah mengambil kira tarikh sebenar saingan berubah.
“Penyertaan masih lagi dibuka dan sebarang keterangan lanjut boleh menghubungi Mohammad Esa Ederis di talian 0168909532 dan Yamimi@Lat ditalian 0137354064,” jelas Osman.
Yuran pendaftaran RM400 untuk setiap pasukan yang ingin turut serta.

Pencegahan Dadah Perlukan Kerjasama Berterusan Semua Pihak
BINTULU: Program Mini Bowling: Strike Out Drugs! bukan sahaja menjadi wadah menggalakkan gaya hidup sihat, malah berperanan meningkatkan kesedaran masyarakat dengan bahaya penyalahgunaan dadah, khususnya
