ARTIKEL

Bomba bantu bawa 2,274kg vaksin dari Sabah untuk vaksinasi remaja di Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang berpangkalan di sini membantu membawa sejumlah 2,274 kilogram vaksin jenis Pfizer dari Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu, Sabah untuk kegunaan proses vaksinasi remaja di negeri ini.

Pengarah JPBM Sarawak Khirudin Drahman berkata kesemua vaksin itu dibawa ke Pusat Farmasi Bahagian Miri dan Pusat Farmasi Bahagian Sibu menggunakan pesawat jenis Mi17i M994-04.

“Vaksin ini adalah bagi kegunaan vaksinasi remaja berusia 12 hingga 15 tahun di Miri dan Sibu yang dijangkakan akan bermula dalam masa yang terdekat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menjelas lanjut, beliau berkata operasi pengangkutan ini adalah bagi membantu Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) melalui surat permohonannya kepada JPBM Sarawak, semalam.

Proses pemindahan vaksin yang diperolehi dari Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu, Sabah untuk dibawa ke Pusat Farmasi Bahagian Miri dan Pusat Farmasi Bahagian Sibu.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU