ARTIKEL

Bomba bantu remaja perempuan alami kekejangan kaki ketika mendaki

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BAU: Seorang pendaki wanita diselamatkan oleh pasukan bomba selepas mengalami kekejangan kaki semasa mendaki di Aras 12, Gunung CMPC Singai, di sini, tengah hari tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihak mereka menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 1.42 petang sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau digerakkan ke lokasi.

“Komander Operasi PBK II (TBK I) Murad Tuah memaklumkan sebaik tiba di lokasi, pihaknya menerima maklumat daripada adik mangsa bahawa kakaknya yang berusia 18 tahun mengalami kekejangan kaki dan tidak dapat meneruskan pendakian,” katanya dalam kenyataan.

Tambah PGO, pasukan operasi diarahkan membawa peralatan khas bagi tujuan penyelamatan.

“Setelah mangsa dijumpai dan distabilkan, pasukan bomba bertindak membawa mangsa turun ke kaki gunung,” jelasnya.

Misi penyelamatan turut dibantu oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang membantu membawa mangsa hingga ke kaki gunung.

Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Bau oleh ahli keluarganya untuk menerima rawatan lanjut.

Operasi tamat sepenuhnya pada 3.55 petang dengan kekuatan seramai lima anggota bomba.

BANTU…Pendaki wanita itu diselamatkan pasukan bomba, hari ini.

BERITA LAIN

Jalan Seduku–Lingga diancam hakisan

KUCHING: Jalan utama sepanjang 31.3 kilometer dari Kampung Agropolitan Seduku ke Pekan Lingga berdepan ancaman hakisan tebing Sungai Batang Lupar, terutama di KM4.2 yang jaraknya

BERITA TERBARU

Jalan Seduku–Lingga diancam hakisan

KUCHING: Jalan utama sepanjang 31.3 kilometer dari Kampung Agropolitan Seduku ke Pekan Lingga berdepan ancaman hakisan tebing Sungai Batang Lupar, terutama di KM4.2 yang jaraknya