ARTIKEL

Bomba berjaya kawal kebakaran dalam 12 minit

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Tindakan pantas pasukan bomba berjaya mengawal api daripada merebak meskipun rumah utama punca api musnah 100 peratus dalam kejadian kebakaran di Batu 9, Jalan Penrissen, awal pagi, hari ini.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan sekitar jam 3.02 pagi.

Susulan itu, katanya, dua pasukan daripada Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Batu Lintang dan BBP Siburan dengan kekuatan 19 anggota telah dikerahkan ke lokasi dengan segera.

Dedahnya, pasukan bomba mengambil masa 12 minit mengawal kebakaran tersebut.

“Ketika tiba di lokasi didapati sebuah rumah separuh kekal berstruktur kayu bersaiz 30×40 kaki persegi musnah keseluruhan dijilat api.

“Hasil siasatan dan maklumat daripada penduduk berhampiran mengesahkan rumah terbabit tidak berpenghuni,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Walaubagaimanapun, katanya, punca kebakaran masih lagi dalam siasatan.

POTONG… salah seorang petugas bomba memotong pagar rumah untuk memudahkan proses pemadaman api kebakaran

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi