ARTIKEL

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak meneruskan operasi pemeriksaan akhir (overhaul) di lokasi kebakaran lima gudang di Taman Perindustrian Demak Laut, Kuching, pagi ini.

Bomba terus pantau lokasi kebakaran lima Gudang di Demak Laut

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Selepas lebih 21 jam operasi pemadaman, anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak masih berada di Taman Perindustrian Demak Laut pagi ini bagi memastikan kebakaran yang membabitkan lima gudang dipadamkan sepenuhnya.

Menurut Jurucakap JBPM Sarawak, kebakaran yang berlaku di No. 48, Jalan Bako, tengah hari semalam bermula di sebuah gudang penyimpanan bahan pembuatan aiskrim sebelum merebak ke empat gudang berhampiran yang menyimpan produk makanan, baja, bahan pencair cat dan logistik.

“Menurut laporan operasi, tiga daripada lima gudang berstruktur kekal musnah sepenuhnya, manakala dua lagi mengalami kerosakan masing-masing 40 peratus dan 10 peratus. Tiada mangsa dilaporkan,” katanya.

Katanya, JBPM Sarawak menerima panggilan kecemasan pada jam 12.23 tengah hari, dengan jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya tiba di lokasi pada jam 12.38 tengah hari.

Operasi itu turut dibantu BBP Petra Jaya, BBP Batu Lintang, BBP Padungan serta Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Bako.

“Seramai 52 anggota bersama empat jentera Fire Rescue Tender (FRT), sebuah Emergency Medical Rescue Services (EMRS), sebuah lori tangki air dan sebuah Aerial Ladder Platform (ALP) digerakkan.

“Pasukan bomba menggunakan buih menerusi kaedah serangan langsung (offensive) dan pertahanan (defensive) dengan empat aliran hos serta enam nozel, selain pemadaman dari aras tinggi menggunakan ALP bagi menghalang api daripada merebak ke bahagian atas struktur.

“Kebakaran berjaya dikawal pada jam 3.54 petang semalam, namun operasi diteruskan sehingga pagi ini melalui kerja pemeriksaan akhir (overhaul) di dua gudang untuk memadamkan sisa kebakaran dan memastikan tiada titik panas,” katanya.

Turut berada di lokasi ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Sarawak Energy Berhad bagi membantu operasi.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU