ARTIKEL

Bonnie tidak hilang fokus

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ATLET angkat berat para negara, Bonnie Bunyau ak Gustin, 21 tidak mudah melatah disebalik gangguan situasi yang melanda negara berikutan penularan semula pandemik Covid-19.

Sebaliknya, jaguh dunia kelahiran Kampung Baru Mawang, Serian itu tetap fokus terhadap latihan hariannya.

Ia sebagai persiapan dirinya untuk menghadapi Sukan Paralimpik Tokyo yang dijadual berlangsung tahun ini.

“Latihan berjalan seperti biasa namun sedikit berbeza apabila semua atlet wajib mengamalkan norma baharu.

“Dengan kata lain, latihan harian saya dan rakan-rakan perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,” ujar Bonnie ketika dihubungi Suara Sarawak semalam.

Sesi latihan beliau dan rakan-rakan lain ketika ini kata Bonnie, berlangsung di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik, Kampung Pandan, Kuala Lumpur. Menurut Bonnie, tempoh yang ada sekarang dipergunakan seadanya untuk memantapkan prestasi semasa.

“Sasaran saya untuk cuba memastikan pingat emas dapat diperolehi menerusi acara kegemaran iaitu 72 kilogram pada temasya yang akan berlangsung di Tokyo nanti,” tambah beliau.

Bonnie Bunyau merupakan anak kedua legenda angkat berat para Sukma Sarawak, Gustin Anak Jenang, 53. Bonnie Bunyau telah berjaya mencipta rekod dunia Kejohanan Dunia Para Powerlifting yang berlangsung di Nur-Sultan, Kazakhstan kategori bawah 65 kilogram dengan angkatan 207 kilogram sekali gus beroleh pingat emas.

Badang Sarawak itu pernah bersama-sama bapa, Gustin ak Jenang selain abangnya, Bryan Junency pernah mencipta gelombang kejuaraan apabila menjadi penyumbang pingat emas setiap kali mewakili Sarawak pada Sukan Paralimpik Kebangsaan/Para Sukma.

Sasaran saya untuk cuba memastikan pingat emas dapat diperolehi menerusi acara kegemaran iaitu 72 kilogram pada temasya yang akan berlangsung di Tokyo nanti.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

BERITA TERBARU