ARTIKEL

Datuk Bandar Kuching Utara, Datuk Hilmy Othman (kiri), melepaskan peserta 'Borneo Green Bike Tour' yang diketuai oleh Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah (motosikal hadapan). - Foto: Ramidi Subari

‘Borneo Green Bike Tour’ tarikan baharu pelancongan bandar raya Kuching

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak menambah satu lagi aktiviti berteraskan kelestarian alam semula jadi, iaitu penganjuran ‘Borneo Green Bike Tour’ atau Acara Jelajah Berbasikal Hijau Borneo sebagai tarikan ekopelancongan baharu di negeri ini.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, inisiatif itu adalah salah satu usaha industri pelancongan Sarawak membantu menjaga dan memelihara alam sekitar.

Dalam erti kata lain, katanya, usaha itu memperkenalkan pelancongan bertanggungjawab dalam membantu melestarikan alam sekitar dari semasa ke semasa.

“Ini merupakan salah satu usaha kita untuk menunjukkan bahawa kita perlu perlahan-lahan beralih kepada tenaga hijau, menggunakan kenderaan elektrik dan hidrogen selain mengurangkan kebergantungan kepada bahan api fosil yang telah digunakan selama ini.

“Usaha ini masih pada peringkat permulaan, dan kita percaya ia merupakan titik permulaan untuk memulakan dan menggalakkan lebih banyak kenderaan hidrogen di jalan raya pada masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran ‘Borneo Green Bike Tour’ di pekarangan Monumen Brooke di sini, hari ini.

Jelas Abdul Karim, aktiviti itu sedikit sebanyak membantu meningkatkan kesedaran individu dan masyarakat terhadap kepentingan menjaga alam sekitar.

“Usaha yang dilakukan Smart Leisure and Travel dalam mempromosikan penggunaan motosikal elektrik dalam kehidupan seharian amat kita hargai.

“Syarikat ini berusaha memastikan alam sekitar kita bersih, dan pada hari ini saya turut serta menunggang motosikal untuk menunjukkan keprihatinan serta sokongan terhadap usaha seperti ini dalam memastikan persekitaran kita sentiasa bersih,” katanya.

Acara ‘Borneo Green Bike Tour’ adalah hasil usaha Smart Leisure & Travels Sdn Bhd, yang merupakan inisiatif menarik untuk mempromosikan pelancongan lestari di Sarawak.

Program mesra alam ini menyokong Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 Sarawak (PCDS) 2030 dan selaras dengan beberapa Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

‘Borneo Green Bike Tour’ akan bermula di bandar raya Kuching sebelum dijangka diperluas ke sekitar kawasan berdekatan.

Ia akan bermula di Kilometer Zero, yang memberi peluang kepada peserta untuk meneroka dan melawat 15 mercu tanda utama di sekitar Bandar Raya Kuching.

Peserta boleh memilih untuk menunggang basikal elektrik sendiri atau bersama pemandu.

Pengalaman ini bukan sahaja menawarkan hubungan yang lebih mendalam terhadap budaya, sejarah dan warisan Sarawak, malah menyokong usaha mesra alam.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan