ARTIKEL

Pasukan bomba membantu mengangkat mayat mangsa sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Bot karam, warga emas meninggal dunia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Seorang warga emas, yang dilaporkan hilang selepas botnya karam di Sungai Anap, Tatau, pada Rabu lalu, dijumpai meninggal dunia hari ini.

Mayat Lila Jali, 69, dari Rumah Antau Sait ditemui anak mangsa di tepi Sungai Sangan, kira-kira jam 8.00 pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak memberitahu, pihaknya dimaklumkan tentang penemuan mayat mangsa pada jam 8.15 pagi sebelum bergegas ke lokasi berkenaan.

“Kita dimaklumkan mangsa ditemui sendiri anak mangsa yang menyertai operasi bersama pasukan SAR,” katanya.

Jasad mangsa kemudiannya dibawa ke Pos Kawalan Bomba (PKB) dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Susulan penemuan itu, operasi ditamatkan pada jam 11:30 pagi.

BERITA LAIN

Urus tanah gambut secara menyeluruh

KUCHING: Sarawak perlu memperkukuh pengurusan tanah gambut secara menyeluruh bagi mencegah kebakaran dan mengurangkan risiko jerebu, terutama menerusi strategi berasaskan sains dan perancangan jangka panjang.

BERITA TERBARU

Urus tanah gambut secara menyeluruh

KUCHING: Sarawak perlu memperkukuh pengurusan tanah gambut secara menyeluruh bagi mencegah kebakaran dan mengurangkan risiko jerebu, terutama menerusi strategi berasaskan sains dan perancangan jangka panjang.