ARTIKEL

Bot penumpang ditahan gagal simpan lesen di atas vesel

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Sebuah bot penumpang ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Bintulu selepas disyaki melanggar peraturan pelayaran kerana gagal memastikan lesen bot disimpan di atas vesel ketika pemeriksaan di perairan Bintulu, baru-baru ini.

Pengarah Maritim Zon Bintulu, Kepten Maritim Muhammad Suffian Eldine Abdullah berkata bot berkenaan ditahan kira-kira jam 1.35 petang pada kedudukan kira-kira 7.3 batu nautika di barat laut Kuala Kemena menerusi Op Permai 01/2019, Op Tiris 4.0 dan Op Pukat.

“Hasil pemeriksaan mendapati bot penumpang itu disyaki melakukan kesalahan di bawah Boat Rules 1953 kerana gagal memastikan lesen bot sentiasa disimpan di atas bot sebagaimana diperuntukkan di bawah Seksyen 481,” katanya dalam satu kenyataan.

RAMPAS — Maritim Malaysia Zon Maritim Bintulu menahan tiga kru warga tempatan dan sebuah bot penumpang menerusi Op Permai 01/2019, Op Tiris 4.0 dan Op Pukat, baru-baru ini.

Pemeriksaan lanjut turut mendapati bot tersebut dikendalikan oleh tiga kru warga tempatan berusia antara 22 hingga 32 tahun.

Katanya, bot bersama kru kemudian diiring ke Pusat Tahanan Vesel Zon Maritim Bintulu sebelum diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

Suffian menegaskan pematuhan terhadap keperluan dokumentasi dan peraturan pelayaran merupakan tanggungjawab setiap pengusaha serta pengendali vesel bagi memastikan keselamatan pelayaran dan memudahkan urusan pemeriksaan oleh pihak berkuasa.

“Maritim Malaysia tidak akan berkompromi terhadap sebarang pelanggaran undang-undang maritim dan akan terus mempergiatkan operasi penguatkuasaan bagi memastikan semua vesel yang beroperasi di Zon Maritim Malaysia mematuhi peraturan yang ditetapkan.

“Komuniti maritim diingatkan supaya sentiasa memastikan dokumen pelayaran lengkap, mematuhi undang-undang serta mengutamakan prosedur keselamatan sebelum ke laut bagi mengurangkan risiko kemalangan dan tindakan penguatkuasaan,” jelasnya.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan jenayah atau kecemasan di laut diminta menghubungi talian kecemasan 999, Pusat Operasi Zon Maritim Bintulu di talian 086-314254 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak di talian 082-432544 bagi membolehkan tindakan segera dapat diambil.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU