ARTIKEL

Bot plastik kitar semula pertama di dunia mula belayar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

NAIROBI: Bot diperbuat daripada plastik kitar semula yang pertama di dunia, Flipflopi memulakan pelayaran mengelilingi Tasik Victoria di barat Kenya, semalam, bagi menyebarkan kesedaran mengenai ancaman bahan tidak terurai terhadap alam sekitar.

Dengan disokong kempen laut bersih oleh Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNEP), bot diperbuat daripada 100 peratus plastik kitar semula itu akan belayar melalui ekspedisi ke tiga negara Afrika Timur, lapor Agensi Berita Xinhua.

Timbalan Pengarah Eksekutif UNEP, Joyce Msuya, berkata inisiatif Flipflopi adalah contoh hebat oleh Afrika dalam tindakan kitaran ekonomi.

“Pandemik COVID-19 telah mempercepat keperluan untuk menangani pelbagai krisis alam sekitar, yang hanya dapat dilakukan melalui kerjasama serantau dan global berhubung isu utama seperti plastik sekali guna serta perubahan iklim,” katanya.

Pengasas bersama projek Flipflopi, Aki Skanda pula berkata bot itu dibina bagi menunjukkan kepada dunia bahawa tidak mustahil untuk menghasilkan bahan berharga daripada sampah plastik.

“Dengan belayar mengelilingi tasik, kami mahu mencetuskan inspirasi kepada orang ramai untuk melakukan inovasi sampah plastik mereka sendiri.

“Selain itu, menerapkan penyelesaian kitaran yang akan membangunkan perniagaan lebih hijau dan menyingkirkan plastik daripada alam sekitar,” katanya.

Beliau berkata, pelayaran itu bertujuan memberi kesedaran dan penyelesaian inovatif bagi mengatasi pencemaran, serta menyokong pemulihan hijau di Afrika Timur.

Dalam tempoh tiga minggu, Flipflopi akan belayar dari Kisumu ke beberapa lokasi di Uganda dan Tanzania, bertemu pemimpin masyarakat, ahli pemuliharaan, ahli perniagaan serta pembuat dasar.

Ia sekali gus bakal mempertingkat kesedaran dan memberi inspirasi kepada masyarakat supaya menggunakan penyelesaian kitaran bahan buangan untuk mengatasi pencemaran plastik.

BERITA LAIN

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

BERITA TERBARU