ARTIKEL

Ketua Pegawai Operasi, Cynthia Chia Phek Hia, merakam kenangan bersama para penaja yang hadir sempena sambutan ulang tahun ke-25 Boulevard Group di Pusat Beli-belah Boulevard di sini hari ini. FOTO: MOHD ALIF NONI

Boulevard Group Raikan 25 Tahun Kecemerlangan, Hadiahkan Lexus LBX Dalam Cabutan Bertuah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sempena ulang tahun ke-25 Boulevard Group, orang ramai berpeluang memenangi hadiah lumayan termasuk sebuah Lexus LBX Premium Dual Tone menerusi cabutan bertuah khas sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setia.

Boulevard Group berkata pelanggan akan menerima satu tiket cabutan bertuah dengan perbelanjaan minimum RM250 di mana-mana kedai dalam pusat beli-belah atau dengan perbelanjaan minimum RM50 di premis Gold Merchant di bawah Pusat Beli-belah Boulevard Group.

“Selain itu, sempena ulang tahun ini, pelbagai aktiviti akan dianjurkan sepanjang tempoh promosi dari 11 Julai 2025 hingga 12 Oktober 2025, termasuk inisiatif melibatkan komuniti, promosi ulang tahun dan acara kolaboratif bersama rakan strategik tempatan,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, sejak ditubuhkan pada tahun 2000 di Miri, Boulevard Group telah mencatat 25 tahun kecemerlangan dalam bidang perniagaan, inovasi dan jalinan kukuh bersama komuniti.

“Daripada pusat beli-belah utama hinggalah kepada pelbagai usaha niaga komersial dan hospitaliti, perjalanan Boulevard Group telah dibentuk oleh ketabahan, kerjasama strategik serta komitmen yang teguh dalam menyampaikan nilai kepada pelanggan dan komuniti,” jelasnya.

Majlis pelancaran ulang tahun berlangsung meriah hari ini di Pusat Beli-belah Boulevard Kuching dengan penyerahan sijil penghargaan kepada para penaja turut diadakan sempena acara tersebut.

Tambahnya, perniagaan yang berminat untuk menjadi Gold Merchant boleh berbuat demikian dengan menaja acara ulang tahun berkenaan.

“Untuk maklumat lanjut mengenai Program Gold Merchant dan peluang yang ditawarkan, sila hubungi Jabatan Acara & Pemasaran di talian 082-461 588 atau WhatsApp ke 011-3173 6559,” ujarnya.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU