ARTIKEL

Sesi pelepasan peserta BPHB Anti-Drug Misuse Fun Run 2026 oleh Iskandar Turkee di pekarangan Dewan Suarah Bintulu.

BPHB Promosi Gaya Hidup Sihat, Perangi Dadah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Semangat kesukanan dan gaya hidup sihat terus diperkasakan apabila seramai 717 peserta menyertai BPHB Anti-Drug Misuse Fun Run 2026 yang berlangsung di Dewan Suarah Bintulu, semalam.

Program anjuran Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB) itu menghimpunkan peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk kakitangan syarikat, wakil agensi kerajaan, pihak berkepentingan serta orang awam dalam usaha mempromosikan aktiviti riadah dan kesedaran bahaya penyalahgunaan dadah.

Iskandar merakam gambar bersama-sama pemenang cabutan bertuah BPHB Anti- Drug Misuse Fun Run 2026.

ADUN Jepak, Iskandar Turkee hadir menyempurnakan pelepasan peserta bagi larian sejauh lima kilometer yang bermula pada 6.30 pagi.

Acara dimulakan dengan sesi senamrobik dan pemanasan badan sebelum peserta dilepaskan untuk mengharungi laluan yang merangkumi kawasan sekitar Dewan Suarah Bintulu.

Selain menjadi platform menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup aktif, program tersebut turut mengangkat mesej penting berkaitan usaha memerangi penyalahgunaan dadah melalui pelibatan komuniti dan kerjasama pelbagai agensi.

BPHB dalam kenyataannya berkata penganjuran larian tersebut mencerminkan komitmen berterusan syarikat dalam menyokong pembangunan komuniti yang sihat, aktif dan bebas daripada gejala dadah.

Iskandar bergambar bersama-sama peserta BPHB Anti- Drug Misuse Fun Run 2026.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU