ARTIKEL

Illustration of Brazil flag. |Freepik.com

BRAZIL KEMBALIKAN KEPERLUAN VISA UNTUK PELANCONG AS, KANADA, DAN AUSTRALIA

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BRASILIA: Brazil akan mengembalikan keperluan visa untuk pelancong dari Amerika Syarikat, Kanada dan Australia mulai Khamis, sekali gus menamatkan pengecualian visa selama enam tahun yang dinikmati oleh warganegara dari negara-negara itu, lapor Xinhua.

Keputusan itu dibuat berasaskan prinsip timbal balik, memandangkan negara-negara berkenaan masih mewajibkan warganegara Brazil mendapatkan visa, menurut Kementerian Luar Brazil.
“Brazil tidak menawarkan pengecualian visa secara unilateral.

“Kami masih dalam perbincangan dengan Amerika Syarikat untuk membatalkan keperluan visa bagi warganegara Brazil, yang akan membolehkan kami memberikan balasan yang sama,” kata Menteri Pelancongan Brazil Celso Sabino, yang dipetik oleh agensi berita Agencia Brasil.

Agensi promosi pelancongan Brazil, Embratur mendedahkan bahawa negara itu mengalu-alukan 728,537 pelawat dari Amerika Syarikat, 96,540 dari Kanada dan 52,888 dari Australia pada 2024.

Mulai Khamis, pelancong dari ketiga-tiga negara itu yang tiba melalui jalan darat, udara atau laut perlu memohon visa elektronik melalui portal eVisa rasmi. – BERNAMA-XINHUA

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

A310 VISION tampil futuristik

ALPINE memperkenalkan A310 Vision, sebuah kereta konsep eksklusif sempena ulang tahun ke-55 pengenalan model kereta sukan A310 pada 1971. Kereta konsep yang dihasilkan dalam satu