ARTIKEL

Illustration of Brazil flag. |Freepik.com

Brazil kritik pelan tol Hormuz Trump

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PRESIDEN Brazil Luiz Inacio Lula da Silva pada Isnin mengkritik cadangan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk mengawal Selat Hormuz dan mengenakan bayaran transit sebanyak 20 peratus, menggelarnya sebagai “pelanunan”, lapor Xinhua.

Lula membuat kenyataan itu semasa lawatan ke kemudahan makmal di Institut Teknologi Maua di Negeri Sao Paulo, sebagai respons terhadap siaran media sosial dan wawancara televisyen Trump sebelum itu.

Pemimpin AS berkenaan mendakwa negaranya akan bertindak sebagai “penjaga” selat berkenaan dan menuntut surcaj kargo sebanyak 20 peratus untuk keselamatan.

“Pada masa dahulu, ini dipanggil pelanunan,” kata Lula sambil menyatakan bahawa AS, sebuah negara yang telah lama memerangi pelanunan, tidak sepatutnya bertukar menjadi negara lanun.

Presiden Brazil itu menyifatkan inisiatif untuk mengenakan bayaran bagi transit maritim sebagai tidak demokratik dan tidak bertamadun, sambil menambah “tidak normal bagi seseorang mengambil kesempatan daripada tragedi untuk membuat wang” dengan mengorbankan orang lain. – Bernama-Xinhua

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha