ARTIKEL

Foto: @bryannickson

Bryan letak jawatan: Skuad terjun cari pengganti

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Persekutuan Renang Malaysia (MS) telah mengenal pasti calon untuk mengisi jawatan Pengarah Teknikal skuad terjun kebangsaan yang akan diumumkan tidak lama lagi.

Setiausaha Agung MS, Andy Low, menyatakan bahawa tiga individu telah menyatakan minat untuk mengisi jawatan tersebut, semuanya merupakan warga tempatan dengan pengalaman luas dalam sukan terjun.

“Untuk kali ini, kita memfokuskan kepada calon tempatan dan tidak mengundang individu luar.

Calon tersebut adalah seorang penerjun yang pernah beraksi di Sukan Olimpik,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Individu tersebut dijangka akan diumumkan selewat-lewatnya pertengahan Februari ini, setelah Bryan menghantar surat perletakan jawatannya pada 23 Disember lalu, untuk meneruskan kerjaya dalam bidang kejurulatihan di sebuah negara di benua Asia.

Difahamkan antara nama yang dipertimbangkan untuk mengambil alih tugas Bryan adalah Yeoh Ken Nee, Datuk Leong Mun Yee, dan Ooi Tze Liang.

Sementara itu, Andy menekankan langkah MS memilih calon tempatan adalah untuk memastikan kesinambungan skuad terjun negara dapat diteruskan.

“Kita ambil bakat tempatan kerana mereka memahami budaya kita.

Jadi, mereka tidak akan menghadapi masalah untuk menyesuaikan diri,” katanya. — BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU