ARTIKEL

Atlet Para Powerlifting Bryan Junency Gustin bercakap kepada pemberita ketika pelepasan Kontinjen Malaysia ke Sukan Komanwel Glasgow 2026 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)

Bryan sasar emas di Glasgow 2026

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Atlet para powerlifting negara, Bryan Junency Gustin menyasarkan pingat emas pada penampilan sulungnya di Sukan Para Komanwel Glasgow 2026, selain berhasrat muncul atlet terbaik dalam kategori 88 kilogram (kg).

Bryan berkata peluang beraksi bersama adiknya yang juga jaguh para powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin, menjadi pembakar semangat untuk memberikan persembahan terbaik di temasya berprestij itu.

Atlet berusia 29 tahun itu berkata walaupun telah mencatat angkatan terbaik peribadi 190kg, beliau enggan terlalu yakin kerana belum mengetahui kekuatan pencabar dalam acara berkenaan.

Beliau turut mendedahkan Bonnie sering mengingatkannya supaya tidak memandang rendah kemampuan mana-mana lawan, selain menganggap penyertaannya di Glasgow sebagai kejohanan terbesar sepanjang kariernya.

Bryan berharap dapat mencipta kenangan manis bersama Bonnie dengan menghadiahkan pingat kepada kontinjen negara, selain menerima sokongan penuh daripada keluarganya seperti dilapor Bernama.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU