ARTIKEL

Anggota APM Miri dan SFC menangkap buaya seberat 100kg di Kampung Muhibbah

Buaya 11 kaki ancam penduduk Kampung Muhibbah Miri tewas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Seekor buaya seberat kira-kira 100 kilogram yang menggemparkan penduduk di daerah ini berjaya ditangkap Kampung Muhibbah di sini semalam.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) Miri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada seorang lelaki yang melalui kawasan tersebut sekitar jam 8.39 malam.

Menurutnya, setelah menerima laporan berkenaan, sepasukan anggota telah dikerahkan ke lokasi untuk menghulurkan bantuan.

“Setibanya di lokasi berkenaan, pihak kami terus berjumpa dengan pengadu yang merupakan lelaki berusia 28 tahun untuk mengetahui keberadaan buaya tersebut.

“Pengadu mengatakan buaya yang dijumpainya itu tersangkut pada mata kail yang dipasang oleh Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) di tepi longkang,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Ujarnya, pengadu telah menghubungi MERS999 bagi meminta bantuan untuk menangkap buaya yang berukuran panjang 11 kaki dan 100 kg tersebut kerana risau akan faktor keselamatan.

Susulan itu, APM Miri bekerjasama dengan anggota SFC menangkap buaya itu, dan sekali gus menghantar ke Taman Buaya yang terletak di Kuala Baram.

Buaya yang telah berjaya diikat untuk dihantar ke Taman Buaya di Kuala Baram

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan