ARTIKEL

Buaya seberat lebih 300 kilogram tumpas di Saratok

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARATOK: Seekor buaya katak dengan anggaran berat lebih 300 kilogram tumpas pada hari ketiga Operasi Mengurangkan Populasi Buaya Daerah Saratok.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata pasukan operasi dimaklumkan oleh penduduk bahawa salah satu umpan yang dipasang pada 14 Disember lalu telah dimakan buaya.

“Kira-kira jam 4 petang pada hari ketiga operasi, seekor buaya dikesan termakan umpan yang dipasang.

“Seekor buaya katak jantan (Crocodylus porosus) sepanjang 15 kaki dengan anggaran berat antara 300 hingga 400 kilogram berjaya dibawa ke darat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata bangkai buaya berkenaan disimpan di pusat operasi sebelum diserahkan kepada pemburu buaya berlesen untuk tujuan perekodan.

Menurutnya, operasi pada hari pertama melibatkan pemantauan dan pengiraan jumlah buaya di lokasi yang ditetapkan.

“Hasil pemantauan mendapati jumlah anggaran buaya di lokasi berkenaan adalah sebanyak 178 ekor.

“Susulan itu, sembilan umpan diletakkan di sepanjang Sungai Krian. Operasi di Kampung Kupang serta pemantauan di sepanjang Sungai Krian merupakan usaha bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok, Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) dan agensi kerajaan lain bagi mengawal serta menangani populasi buaya,” katanya.

Operasi Mengurangkan Populasi Buaya Daerah Saratok yang diaktifkan pada 14 Disember lalu dijadualkan berakhir pada 23 Disember ini.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU