ARTIKEL

Buaya yang ditembak dimatikan akibat kecederaan serius

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seekor buaya seberat 800 kilogram yang dijumpai di dalam longkang di belakang sebuah sekolah di Limbang terpaksa dimatikan disebabkan mengalami kecederaan serius akibat ditembak oleh seorang warga tempatan.

Justeru, Ketua Pegawai Eksekutif SFC Zolkipli Mohamad Aton meluahkan kekecewaannya terhadap perkara itu ekoran kurangnya kesedaran orang ramai mengenai perlindungan hidupan liar.

“Kejadian ini diklasifikasikan sebagai kes membunuh spesies haiwan yang dilindungi.

“Berdasarkan situasi yang berlaku, buaya ini sepatutnya tidak dibunuh sebagai mana yang dibenarkan atau disimpulkan dalam Ordinan Perlindungan Hidupan Liar, 1998,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Ekoran itu, beliau berkata sampel tulang reptilia itu telah diambil untuk membantu siasatan selanjutnya.

Seekor buaya yang diselamatkan selepas ditembak orang awam terpaksa dimatikan disebabkan kecederaan serius yang dialami.

Zolkipli yang juga Pengawal Hidupan Liar menegaskan orang awam sepatutnya mengawasi buaya berkenaan agar tidak melarikan diri serta melaporkannya kepada pihak berkuasa yang berkenaan untuk tindakan.

“Kami tidak mahu tindakan ini menjadi norma bagi masyarakat dengan membunuh spesies yang dilindungi tanpa melaporkannya kepada pihak berkuasa,” katanya.

Beliau juga mengingatkan masyarakat yang tinggal berhampiran sungai untuk sentiasa berhati-hati dan tidak mengambil tindakan sendiri kerana ia dapat membahayakan semua pihak.

Katanya orang ramai digalakkan untuk melaporkan sebarang kejadian mengenai penemuan haiwan yang dilindungi kepada pejabat SFC yang berdekatan.

Antara talian SFC yang dapat dihubungi termasuklah 019-8859996 (Kuching), 019-8883561 (Sibu), 019-8332737 (Bintulu) atau 019-8290994 (Miri).

Cubaan menyelamatkan seekor buaya yang cedera ditembak selepas tersesat di dalam longkang di belakang sebuah sekolah di Limbang.

BERITA LAIN

Projek ART Kuching Jadi Rujukan

KUCHING: Projek Transit Aliran Autonomi (ART) Kuching menjadi antara projek rujukan utama luar negara bagi China Railway Rolling Stock Corporation (CRRC) dalam usaha memperluas penggunaan

BERITA TERBARU

Projek ART Kuching Jadi Rujukan

KUCHING: Projek Transit Aliran Autonomi (ART) Kuching menjadi antara projek rujukan utama luar negara bagi China Railway Rolling Stock Corporation (CRRC) dalam usaha memperluas penggunaan