ARTIKEL

Bubbles 02 sasar jualan RM12 juta

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

IPOH: Pengeluar air mineral premium jenama tempatan, Bubbles O2 menyasarkan untuk mencapai jualan bernilai RM12 juta pada tahun ini.

Pengasas dan Pengerusi Bubbles O2 Sdn Bhd, Arifin Marzuki berkata angka itu adalah peningkatan sebanyak 80 peratus daripada hasil jualan yang dicatatkan pada tahun lalu.

“Setakat Jun 2023, Bubbles O2 telah mencapai sasaran jualan sebanyak RM6.7 juta.

“Pada tahun sebelum itu bagi tempoh sama pula, Bubbles O2 mencatatkan jualan sebanyak RM3.7 juta menerusi penjualan air mineral di seluruh Malaysia,” katanya ketika ditemui Bernama selepas dinobatkan sebagai Ikon Keusahawanan pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Hal Ehwal Pelajar Kolej Poly-Tech MARA dan University Poly-tech Malaysia di sini.

Beliau berkata pihaknya optimis mampu mencapai sasaran atas faktor air mineral Bubbles O2 semakin diminati di kalangan orang ramai berikutan keunikannya yang kaya dengan oksigen terlarut dan menjadikannya kelihatan berkilau seperti kristal setelah dibotolkan dari sumbernya.

Selain itu, Arifin berkata sasaran berkenaan juga disebabkan Bubbles O2 telah menembusi pasaran Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Brunei.

“Terbaru, Bubbles O2 telah mendapat kelulusan US FDA dalam usaha memperluaskan pasaran di Amerika Syarikat yang dijangka akan dieksport pada tahun ini,” katanya.

Menurutnya Bubbles O2 turut sedang berusaha untuk pasaran baharu di United Kingdom (UK) untuk memperkenalkan air mineral yang didatangi dari sumber air dan diproses di Rantau, Negeri Sembilan itu dalam masa terdekat.

Produk air mineral Bubbles O2 kini boleh didapati di lebih banyak rangkaian pasar raya dan kedai serbaneka termasuklah 7-Eleven, Petronas Mesra, Aeon Big, Lotus’s dan kawasan rehat dan rawat PLUS, katanya. – Bernama

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha