ARTIKEL

Bubok Miri murah, tular di Facebook

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Seawal jam 8 pagi, orang ramai sudah mula kelihatan di kawasan jeti Tebingan Miri semata-mata untuk menunggu kepulangan nelayan bersama-sama hasil tangkapan yang menjadi tumpuan, iaitu bubok. Musim bubok yang muncul saban tahun di Miri amat dinanti-nantikan.

Belacan Miri ini bukan sahaja terkenal dalam kalangan penduduk tempatan dari serata negeri ini, tetapi ia juga amat dikenali sehingga mendapat permintaan tinggi di Semenanjung Malaysia dan luar negara seperti Brunei dan Singapura.

Tinjauan Suara Sarawak di beberapa pasar ikan di sekitar sini juga mendapati keadaan semakin meriah dengan kehadiran orang ramai yang datang untuk membeli bubok. Bukan itu sahaja, ada juga penjaja kuih-muih yang kreatif telah menambahkan keistimewaan jualan mereka dengan memperkenalkan cucur bubuk yang hanya boleh didapati ketika musim bubok.

Menurut salah seorang nelayan yang ditemui, disebabkan hasil tangkapan bubok semakin banyak, harga di pasaran juga semakin menurun dari hari sebelum ini. Hasil tinjauan mendapati harga bubok ketika ini hanya dalam lingkungan RM2 hingga RM4 untuk sekilogram. Kalau sebelum ini, harganya boleh mencecah antara RM5 hingga RM7 sekilogram.

Disebabkan harganya yang rendah ditambah lagi dengan promosi bubok yang kini tular di laman sosial, golongan nelayan dan penjual bubok turut dapat mengaut keuntungan yang lumayan dengan memanfaatkan kemudahan canggih teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Ada segelintir individu dalam kalangan nelayan dan penjual bubok menggunakan telefon bimbit pintar untuk berkongsi maklumat bagi memaklumkan lokasi tepat untuk mendapatkan bekalan bubok. Seorang pembeli, Ismawati Abdullah, 55, berkata, maklumat mengenai bubok dengan harga yang sangat murah menjadi tular di Facebook.

“Sekarang ini orang ramai berpusu-pusu datang untuk membeli bubok. “Saya sendiri pun sudah dua hari berturut-turut ke jeti untuk membeli bubok sebab saya mahu menggunakannya untuk berniaga. “Saya sebenarnya peniaga di kedai makan dan sekarang ini saya telah menambah menu istimewa iaitu cucur bubok,” katanya.

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

Liputan Internet Kota Sentosa capai 98.5 peratus

KUCHING: Liputan Internet mengikut kawasan penempatan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Sentosa kini mencapai 98.5 peratus, kata Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk

Polis Sahkan Pegawai Kastam Maut Dipercayai Dibunuh Suami

NILAI: Seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ditemukan maut dipercayai dibunuh suaminya dalam kejadian di Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, malam tadi.