Trending

Bukan isu Covid, namun siasatan rompakan jengkaut

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

TATAU: Polis kini mengesan suspek-suspek terlibat rompakan sebuah jengkaut milik ladang di Kelawit yang dilaporkan hilang pada 20 Oktober tahun lalu.
Ketua Polis Daerah Tatau DSP Dennis Bunyam berkata jentera berat tersebut berjaya dikesan berada berhampiran kawasan luar Rumah Panjang Untong Rabu lalu.
Susulan itu katanya sepasukan anggota polis telah dikerahkan ke lokasi bagi membuat rampasan barangan kes sekitar jam 11 pagi pada hari sama jengkaut tersebut ditemui.
Beliau yang mengesahkan kejadian mendedahkan isu terbabit dipercayai berlaku susulan isu salah faham di antara penduduk kampung dengan pemilik ladang tersebut.
“Kita telah merampas jentera berat itu untuk dibawa ke Balai Polis. Tindakan tersebut dilakukan selepas polis menerima laporan berhubung kejadian.
“Siasatan kes termasuk mengesan suspek-suspek yang terlibat kini sedang berjalan,” katanya ketika dihubungi Suara Sarawak hari ini.
Ujarnya kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan.
Sementara itu beliau turut mengesahkan penularan video berkaitan rampasan itu tidak mempunyai kaitan dengan isu penularan Covid-19 di rumah panjang yang berlaku di Sibu.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru