ARTIKEL

Bukan satu tapi dua emas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BUKAN satu tapi dua emas!”

Tatkala tumpuan lebih diberikan kepada jaguh 400m wanita negara, Shereen Samson Vallabouy yang menepati ramalan menjuarai acara tersebut, kelibat pelari lelaki berusia 20 tahun, Umar Osman ternyata mencuri tumpuan pada hari kedua olahraga pada Sukan SEA 2023, semalam.

Bukan sahaja melakar kejutan dengan menggondol emas pada penampilan pertamanya pada temasya sukan dwitahunan tersebut, malah pemuda dari Kluang, Johor itu mencatat 46.34 saat (s) pada saingan berlangsung di Stadim Nasional Morodok Techo.

Catatan tersebut sudah cukup baginya memecahkan rekod kebangsaan 400m lelaki hampir 22 tahun oleh Mohd Zaiful Zainal Abidin, 46.41 saat (s) dalam Kejohanan Olahraga Asia Junior di Brunei pada Julai 2001.

Umar yang dilihat ketinggalan sejak awal saingan berjaya melakukan pecutan pada 70m terakhir untuknya melintasi garisan penamat terdahulu meninggalkan dua pesaing terdekatnya dari Filipina iaitu Umajesty Wesley Lachicha Williams (46.52s) dan Frederick Cabatu Ramirez (46.63s), yang masing-masing merangkul perak dan gangsa.

Seorang lagi wakil negara, Abdul Wafiy Roslan sekadar menamatkan larian di kedudukan ketujuh daripada lapan peserta dengan 49.17s.

Dalam pada itu, Shereen merangkul emas pertama acara kegemarannya di Sukan SEA dengan mencatat masa 52.53s sekali gus memecahkan dominasi juara empat kali berturut-turut, iaitu Nguyen Thi Huyen dari Vietnam (53.27s) yang merangkul perak dan gangsa pula milik rakan senegaranya, Nguyen Thi Hang (53.84s).

Bagaimanapun, catatan dilakukan Shereen yang berpangkalan di Amerika Syarikat itu sedikit tersasar dari rekod kebangsaannya, 51.80s, dilakukan di Kejohanan Olahraga Tahunan Mt SAC Relays ke-63, California, bulan lepas.

Kejayaan dilakar Umar menyaksikannya menamatkan kemarau emas selama 14 tahun yang kali terakhir dimenangi Zafril Zuslaini pada edisi 2009 di Vientiane, Laos.

Shereen pula kembali meletakkan Malaysia di kedudukan tertinggi podium acara 400m wanita di pentas Sukan SEA selepas N. Manimagalay kali terakhir memenanginya pada edisi 1999 di Brunei.- Bernama

BERITA LAIN

Dominator JR FT terbaik, semakin digeruni

KUCHING: Skuad Dominator JR FT kini antara pendatang baharu yang semakin digeruni keedibiliti mereka di pentas saingan bola sepak lima sebelah atau lebih dikenali sebagai

Fasiliti Stadium Sarawak akan dinaik taraf

KUCHING: Penaiktarafan fasiliti di Stadium Sarawak akan dilakukan susulan negeri ini sebagai tuan rumah bersama bagi Temasya Sukan Asia Tenggara (SEA) pada tahun 2027. Menteri

Skuad B-16 Malaysia belasah Timor-Leste, 5-0

KUALA LUMPUR: Skuad Bawah 16 Tahun (B-16) kebangsaan memulakan kempen Kejuaraan B-16 ASEAN 2024 dengan bergaya selepas membelasah Timor-Leste 5-0 pada aksi pertama Kumpulan C

Selangor FC tumbangkan Perak FC, 2-1

KUALA LUMPUR: Selangor FC merapatkan jurang mata dengan pendahulu Liga Super Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas menewaskan Perak FC 2-1 meskipun terpaksa beraksi dengan 10

BERITA TERBARU

Rose Blackpink sertai The Black Label

PENYANYI KOREA, Rose Blackpink menandatangani kontrak pengurusan dengan The Black Label, diketuai oleh penerbit Teddy. “Kami menandatangani kontrak pengurusan dengan artis Rose. “Penerbit Teddy dan

Pentas peragaan sentuhan Syafiq Kay

AKSI, kecekapan dan keanggunan pentas peragaan penting untuk menyerlahkan ratu cantik. Jurulatih pentas peragaan Sarawak, Shafi k Kay menyertai bidang peragaan dan kecantikan ratu cantik