ARTIKEL

Bukan sekadar untung tapi kepuasan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Perniagaan bukan sekadar untuk mendapat untung semata-mata, tetapi juga menggembirakan hati pembeli.

Mohd al Hafiz Mohd Wahed, 26, berkata, dia mengutamakan kepuasan pelanggan dalam menjual makanan kepada mereka.

“Selain memperoleh pendapatan sampingan, saya juga memastikan pelanggan yang singgah di gerai ini gembira dengan burger yang dijual.

“Hafiz memberitahu pada 2015, dia mengikut kawannya berjual burger dan pada tahun seterusnya dia terus membuka gerai sendiri.

Dengan modal dimiliki, Hafiz mencabar dirinya membuka sebuah gerai burger di Taman Sepakat Jaya, Demak Laut di kawasan perumahan.

“Lokasi terletak di hujung kawasan perumahan tersebut dipilih kerana ia merupakan tempat laluan masuk dan keluar bagi orang yang tinggal di situ.

“Pemilihan lokasi strategik ini juga banyak membantu perniagaan saya untuk dilihat oleh orang ramai yang lalu-lalang di kawasan ini,” jelas Hafiz kepada Suara Sarawak.

Beliau bersyukur kerana dipermudah menguruskan perniagaan sehingga mampu beroperasi hingga kini.

Hafiz sendiri mempunyai pekerjaan tetap, tetapi mengambil inisiatif menjual burger kerana minatnya dalam dunia perniagaan di samping menambah pendapatan untuk berbelanja.

Tambahnya, pendapatan yang diperoleh agak lumayan mengikut cuaca kerana jika hujan turun, pelanggan berkurang berbanding hari biasa.

Kedai tersebut dikatakan mula beroperasi pada sebelah petang sehingga malam dan mempunyai dua cawangan iaitu di Demak Laut dan Satok iaitu di Kampung Nombor 6.

Hafiz mengupah kawannya mengendalikan perniagaan di kawasan Demak, manakala di kampung pula sepupu dan dirinya sendiri yang menjaga kedai tersebut.

Pelbagai jenis burger dijual untuk menarik minat pelanggan terutama burger Ramli dan menu khas kami iaitu burger Homemade Usna seberat 60g dan 80g.

Katanya, harga burger yang ditawarkan kepada pelanggan berbeza mengikut pilihan masingmasing dan berpatutan serta rasa yang memuaskan.

Sementara itu, Hafiz juga memberitahu gerainya sering dikunjungi pelanggan dari pekerja Indonesia pada setiap Khamis untuk disedekahkan kepada orang masjid dan surau.

Selain pelanggan pekerja Indonesia, dia turut mendapat tempahan daripada pelanggan lain untuk tujuan yang sama menyebabkan gerainya sentiasa membuat persediaan awal supaya pesanan dapat disiapkan dengan lancar.

Dalam pada itu, Hafiz juga memberitahu hasratnya ingin memiliki kedai sendiri untuk meluaskan lagi perniagaannya pada masa akan datang.

Menjelas lanjut berkaitan kedai yang ingin dibukanya, dia berharap dirinya boleh menjadi inspirasi kepada peniaga kecil lain untuk terus berusaha mencapai kejayaan.

Adik bongsu daripada empat adik-beradik lelaki itu juga sempat memberi pesan kepada peniaga lain agar tidak malu memulakan perniagaan.

“Setiap orang yang baru berjinak-jinak berniaga pasti risau dengan pandangan orang lain, malu dengan keuntungan yang tidak seberapa sehingga membuat mereka mengalah meneruskan perniagaan.

“Perkara tersebut tidak seharusnya berlaku, malah segala halangan yang ada di hadapan kita perlu tempuh dan dijadikan sebagai pembakar semangat untuk menjadi semakin maju,” tegasnya.

Kepada orang ramai yang ingin mencuba burger dijual oleh gerai milik Hafiz, sila layari Facebook Burger Kpg No atau boleh membuat pesanan terus di talian 012- 8509348.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan