ARTIKEL

Bukti amalan urus kewangan yang baik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Bajet Sarawak 2021 menyediakan pelan tindakan strategik yang menyeluruh yang mendukung matlamat menjadikan Sarawak sebagai negeri maju berpendapatan tinggi menjelang 2030, dengan impak positifnya bakal dinikmati segenap lapisan anak Sarawak.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, dengan mewujudkan persekitaran ekonomi yang mampan dan positif di peringkat negeri, sudah pasti ia menyumbang kepada usaha pemulihan serta pengukuhan ekonomi di peringkat nasional.

“Ia turut meletakkan Sarawak di landasan tepat untuk terus menarik pelaburan antarabangsa selain meningkatkan keyakinan institusi kewangan asing terbabit dalam pembangunan pelbagai sektor industri.

“Ini termasuk meneroka pelbagai peluang ekonomi baharu dalam mendukung usaha pemulihan dan kelestarian ekonomi yang mampu memberi banyak manfaat kepada Bumi Kenyalang pada masa depan,” katanya menerusi satu kenyataan pada Khamis.

Alexander yang juga Setiausaha Agung GPS turut menyifatkan Bajet Sarawak 2021 cukup jelas memperlihatkan kesesuaiannya dengan situasi semasa khusus dalam mendepani isu berkaitan dan kewujudan keperluan luar biasa susulan pandemik Covid19.

Beliau menambah, lebihan belanjawan dalam bajet itu juga membuktikan amalan sistem pengurusan kewangan yang baik yang jelas memperlihatkan persiapan rapi menghadapi fasa pasca-Covid-19.

BERITA LAIN

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali