ARTIKEL

Dr Azhar ketika berucap pada Majlis Penutupan Bulan Inovasi Institut Kepimpinan Perkhidmatan Awam Sarawak (LI) di sini, hari ini. FOTO: NATALIE JOHNNY

Bulan Inovasi LI serlah potensi pelajar YSIS

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Potensi besar generasi muda dalam teknologi dan penceritaan digital diserlahkan menerusi Bulan Inovasi Institut Kepimpinan Perkhidmatan Awam Sarawak (LI) yang menampilkan kerjasama dengan pelajar dari Sekolah Menengah Antarabangsa Yayasan Sarawak (YSIS).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr Azhar Ahmad berkata, inisiatif penghasilan video digital bersama pelajar YSIS ini satu pelaburan bermakna.

“Menerusi inisiatif seperti ini, ia bukan sekadar satu aktiviti kreatif namun merupakan satu pelaburan bermakna dalam kompetensi digital dan kesedaran pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

“Ini kerana, para peserta bukan sahaja menunjukkan kebolehan bercerita menerusi video malah keupayaan mengendalikan alat digital, bekerjasama secara maya dan berfikir secara kritis,”ujar beliau pada Majlis Penutupan Bulan Inovasi Institut Kepimpinan Perkhidmatan Awam Sarawak di sini, hari ini.

Dr Azhar (tengah) merakamkan kenangan bersama-sama pelajar dari Sekolah Menengah Antarabangsa Yayasan Sarawak yang terlibat dalam pertandingan penghasilan video digital. FOTO: NATALIE JOHNNY

Tambah beliau, inisiatif ini wajar dilakukan kerana ia merupakan satu keupayaan penting bagi tenaga kerja masa depan Sarawak.

“Dengan melibatkan para pelajar dalam cara sebegini, kita memupuk generasi yang bersedia untuk memimpin dalam ekonomi berasaskan teknologi dan inovasi.

“Oleh itu,terima kasih kepada guru dan pengetua Cikgu Jimali dari YSIS atas bimbingan kepada para pelajar dan kerjasama yang amat dihargai. Kolaborasi ini telah memperkayakan inisiatif ini dengan begitu besar nilainya,” katanya.

Sementara itu, pertandingan video ini turut dinilai oleh panel juri profesional dari Suara Sarawak yang memberikan penilaian berdasarkan kreativiti, impak mesej dan kemahiran teknikal.

Menerusi pertandingan tersebut, Naomi Celeste Timas Marcos dinobatkan sebagai juara pertandingan membawa pulang sebuah tablet pintar.

Tempat kedua dimenangi oleh Thea Faith William Uggas yang menerima sebuah basikal lipat, manakala tempat ketiga menjadi milik Marchella Attilia Jespher yang berjaya membawa pulang sebuah jam tangan pintar.

Selain itu, tujuh peserta lain turut menerima hadiah sagu hati sebagai penghargaan atas penyertaan dan usaha kreatif mereka dalam pertandingan tersebut.

Inisiatif penghasilan video digital ini merupakan antara sorotan utama Bulan Inovasi tahun ini yang bertujuan memupuk budaya inovasi merentas peringkat umur dan latar belakang.

“Saya berharap program seperti ini dapat diteruskan dan diperluaskan demi melahirkan generasi muda Sarawak yang bersedia memimpin dalam dunia yang dipacu teknologi dan kreativiti,” kongsinya.

Bulan Inovasi turut disokong oleh pelbagai program lain termasuk Larian Maya dan sesi perkongsian ilmu  dengan pelibatan menyeluruh dari warga organisasi dan rakan strategik.

KENANGAN…Dr Azhar bersama-sama kakitangan LI dan juga guru serta pelajar dari Sekolah Menengah Antarabangsa Yayasan Sarawak. FOTO: NATALIE JOHNNY

BERITA LAIN

BERITA TERBARU