ARTIKEL

Bulatan Intan Samarahan ditutup sehingga 6 Mei

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Bulatan Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) akan ditutup sementara bermula 3 sehingga 6 Mei depan bagi memudahkan kerja-kerja menaik taraf permukaan jalan raya Kuching/Samarahan Expressway.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Samarahan dalam satu kenyataan mengingatkan, orang ramai yang menggunakan laluan tersebut supaya berwaspada ketika memandu semasa tempoh pembaikan jalan raya itu.

“Diharapkan pengguna jalan raya mematuhi segala pengurusan trafik untuk keselamatan semua sehingga pembaikan jalan raya itu tamat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, sebarang perubahan pada tarikh, waktu atau kawasan yang terlibat dengan kerja-kerja ini dari semasa ke semasa.

“Pengguna jalan raya turut dinasihatkan supaya merancang perjalanan di kawasan-kawasan yang terlibat,” ulasnya.

Sekiranya mempunyai sebarang aduan atau pertanyaan lanjut berkaitan dengan aliran trafik tersebut boleh hubungi pejabat JKR Bahagian Samarahan melalui talian 082-671076 pada waktu pejabat.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU