ARTIKEL

Kesan ribut menerbangkan sebahagian bumbung kediaman penduduk di Sarikei.

Bumbung Lima Rumah Diterbangkan Ribut, Penghuni Selamat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Penghuni lima rumah di beberapa lokasi di daerah ini berdepan detik cemas selepas kediaman mereka dilanda ribut kencang dan hujan lebat yang menyebabkan sebahagian bumbung diterbangkan angin, petang tadi.

Kejadian berlaku ketika cuaca buruk melanda beberapa kawasan di sekitar Sarikei, dengan kerosakan utama membabitkan struktur bumbung kediaman yang terjejas akibat tiupan angin kuat.

Antara kawasan yang dilaporkan terkesan ialah Kampung Jalan Drahman Keria, Kampung Dibah dan kawasan sekitarnya.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif, berkata, pemeriksaan lanjut dilakukan bagi menentukan bentuk kerosakan dan keperluan setiap mangsa sebelum bantuan sewajarnya dapat disalurkan.

“Saya sudah dimaklumkan tentang kejadian ini dan kita melihat langkah terbaik untuk membantu keluarga yang terjejas, termasuk kemungkinan menggunakan peruntukan projek rumah orang miskin bagi membolehkan kerja pembaikan dilaksanakan,” katanya.

Len Talif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang berkata, penilaian di lapangan penting bagi memastikan bantuan yang diberikan benar-benar menepati keperluan mangsa.

Dalam pada itu, beliau melahirkan rasa syukur kerana kejadian berkenaan tidak meragut nyawa atau menyebabkan kecederaan.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU