BUNGA Citra Lestari (BCL) dan suaminya, Tiko Aryawardhana menerima ucapan istimewa daripada adik kepada Allahyarham Ashraf Sinclair, Adam Sinclair.
“Terima kasih Bunga, kerana berani mencintai lagi dan menerima cinta daripada lelaki yang menghangatkan hati saya saat bertemu dengannya.
“Lelaki yang membuatkan kamu tersenyum dan tertawa, lelaki yang memberikan bimbingan dan persahabatan kepada Noah, dan lelaki yang saya bangga untuk memanggil sebagai abang saya,” tulis Adam di Instagram.
Adam turut menyifatkan jejaka pilihan Bunga iaitu Tiko membuatkan penyanyi ini tersenyum dan ketawa, serta memberikan bimbingan buat anak lelaki Bunga, iaitu Noah yang kini berusia 13 tahun.



