ARTIKEL

Bunga Isme sasar muzik lebih matang, bersedia timang cahaya mata

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SLIM RIVER: Penyanyi rap Bunga Isme, 26, bersedia memasuki fasa baharu dalam seninya dengan menghasilkan karya yang lebih matang selepas berkahwin dengan komposer Amzar Sabri pada Oktober 2023.

Bagi pemilik nama sebenar Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari itu, perubahan tersebut bukan sekadar pada gubahan melodi dan susunan lagu, malah turut menekankan lirik yang membawa mesej mendalam.

Beliau berpendapat persembahan yang terlalu lincah sudah kurang sesuai, justeru penceritaan muziknya perlu berubah supaya kekal relevan dengan peminat yang membesar bersamanya sejak awal.

Selain menyanyi, anak kelahiran Slim River, Perak itu berminat meneroka bidang perniagaan melalui jenama baju kurung dan kosmetik, di samping tidak menolak kemungkinan menguruskan kerjaya suaminya di belakang tabir.

Sebelum ini, pasangan tersebut berhasrat menangguhkan kehadiran cahaya mata selama dua hingga tiga tahun, namun pertanyaan bapanya yang hampir berusia 80 tahun tentang cucu menyentuh hati Bunga sehingga mereka sepakat bersedia menjadi ibu bapa seperti dilapor Bernama.

BERITA LAIN

Yusuf Mahardika Lawan Rasa Takut

Mengakui dirinya penakut, pelakon Indonesia, Yusuf Mahardika, terpaksa berfikir dua kali sebelum menerima tawaran membintangi filem seram Rambut Sewu: Satu Langkah Geth. Namun, demi mencabar

ANZALNA NASIR titip doa buat AMIRA

Pelakon Anzalna Nasir turut menitipkan ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahiran rakan baiknya, pelakon dan penyanyi Amira Othman. Menerusi perkongsian di Instagram Stories, Anzalna meluahkan

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah