ARTIKEL

Buruh yang ditahan kerana memproses dan menjual air ketum.

Buruh kantoi proses, jual air ketum

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Seorang buruh akhirnya kantoi apabila kegiatannya memproses dan menjual air ketum dikesan oleh polis.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan Superintendan Damataries Lautin berkata, lelaki berusia 52 tahun dari Kampung Bukit Berangan itu ditahan di sebuah pondok kecil di belakang rumahnya oleh sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Kota Samarahan kira-kira 7.55 malam semalam.

“Hasil pemeriksaan menjumpai 38 botol berisi air ketum dianggarkan bernilai RM1,710, satu plastik mengandungi daun ketum seberat 5.42 kilogram dianggarkan bernilai RM216.80 dan satu tong 200 liter,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menambah suspek turut mengaku air ketum tersebut adalah miliknya, dan terlibat dalam aktiviti pemprosesan serta penjualan air ketum sejak hujung 2023.

Menjelas lanjut, Damataries berkata suspek mendapatkan bekalan daun ketum daripada seorang lelaki dari Kampung Tambey dan Kampung Semera Lot Baru di sini.

“Suspek akan memasak daun ketum seminggu sekali dan menjual kepada kenalan di sekitar Kampung Bukit Berangan,” katanya.

Katanya suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Kota Samarahan dan akan dipohon reman hari ini untuk siasatan lanjut.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU